ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Saturday, November 24, 2012

Progres Surau - 9 Muharram

InsyaAllah kerja2 menyiapkan kerangka besi untuk bumbung hampir siap. Musim hujan sekarang ini terutamanya hujan pada setiap petang agak melambatkan sikit proses pemasangan. Tapi rasanya dalam minggu ini bahagian atap akan mula dipasang. Bila sudah ada atap, kerja2 simen lantai dan dinding boleh diteruskan walaupun hari hujan.





Ibadah Korban 2012

Paparan gambar2 kenangan sekitar majlis ibadah korban Surau al-Faaizeen pada hari pertama Idul Adha yang lalu. 










Friday, November 16, 2012

Kontraktor Baru Meneruskan Projek - 1 Muharram 1434H

Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Setiap kejadian yang berlaku adalah di bawah pengetahuan Allah belaka. Projek Surau Baru al-Faaizeen dengan suntikan dana daripada sumber agensi kerajaan dan derma orang awam, telah diteruskan setelah tergendala lebih sebulan. Kontraktor baru yang dilantik telah memberi komitmen untuk menyiapkan baki kerja termasuklah bumbung, dinding, lantai dan finishing dalam masa 3 bulan. Maka target surau kita dapat disiapkan ialah pada penghujung bulan February 2013, insyaAllah. Berikut kita paparkan beberapa snapshots terbaru surau.




Rangka Bumbung Berwarna Biru Telah di Pasang