Alhamdulillah surau al-Faaizeen terus imarah dengan solat berjemaah dan majlis2 ilmu. Beranda dan foyer surau sudah pun di basuh dan samak pada minggu lepas. Ia memberi kemudahan kepada musafir untuk singgah bagi menunaikan solat tanpa perlu masuk ke ruang solat utama yang berkunci (bagi keselamatan). Ampaian bersama sejadah dan telekung juga tersedia bagi kegunaan.
Pada hujung minggu lalu, proses pemindahan saki baki barangan dari surau lama telah berlangsung. Sebahagian barangan ini akan dijual kepada pemborong barangan terbuang. Manakala sebahagian lain pula akan disimpan. Plan bangunan tambahan untuk fungsi tiga dalam satu sebagai bangunan stor, dapur dan bilek utiliti (kelas/dewan) juga sedang dipaparkan di papan kenyataan untuk penilaian para ahli khariah. InsyaAllah projek pembinaan bangunan tambahan akan bermula target selepas bulan Ramadan nanti.
Alhamdulillah surau kita ini terus imarah sebagai pusat ibadah dan kegiatan masyarakat. Majlis2 ilmu kuliah maghrib juga berlangsung mengikut jadual.
- Ustaz Lutfi - bacaan dan tafsiran Hadis pada setiap Ahad.
- Ustaz Ayub - Kitab Feqah Mazhab Shafie pada Khamis minggu pertama dan ketiga.
- Imam Halim - Kitab Usuluddin Sirajul Huda pada Selasa minggu pertama dan ketiga.
- Ustaz Abu Bakar - Kitab Aqidah Ahli Sunnah wal-Jamaah pada Selasa minggu keempat.
- Ustaz Amran - tajuk bebas pada Rabu minggu keempat.
Ustaz Fauza Ali |
Para Jemaah Usai Solat Isyak Berjemaah |