ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Thursday, June 17, 2010

Sifat Mahmudah

Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-
  1. Taubat - menyesali sungguh2 segala dosa dan kesalahan lalu dan menanam keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan.
  2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT.
  3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah SAW.
  4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu, dan tidak menjadikan dunia itu sebagai objektif, namun menjadikan dunia ini sebagai medan meraih dan mengumpul bekalan untuk akhirat yang kekal abadi.
  5. Sabar - atas segala ketentuan Allah, samada yang baik ataupun yang buruk, kerana segala sesuatu itu adalah dengan kudrat dan iradat Allah jua sebagai ujian kepada hamba2-Nya.
  6. Syukur - atas segala nikmat, anugerah dan amanah Allah kepada kita, kerana sesungguhnya ia tidak ternilai oleh kita, dan ianya bersifat sementara dan boleh ditarik balik oleh Allah pada bila2 masa jua.
  7. Ikhlas dan benar - segala perlakuan kita atas niat kepada Allah akan menjadi ibadah dan ada nilaian-Nya di sisi Allah jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kebenaran berdasarkan syariat Allah.
  8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha dan doa bergantung harap pada Allah SWT tidak pada yang lain.
  9. Redha dgn Qadak dan Qadar - menerima hakikat ketentuan baik dan buruk Allah, dan mengakui kebesaran dan kekeuasaan Allah SWT dalam menentukan segala sesuatu.
  10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.

Rujukan: Blog Ustazah Azimah

No comments:

Post a Comment