Mengaminkan Doa Selesai Marhaban dan Berselawat |
Berselawat Kepada Nabi SAW |
Para Jamaah Muslimin dan Muslimat Berselawat |
Marhaban dan Berselawat |
Khusyuk Mendengar Ceramah Maulidur Rasul |
Tingkatkan Amalan Sunnah Rasulullah |
Ustaz Lutfi Menyampaikan Ceramah Maulidur Rasul |
Tabung Pembinaan Surau Baru Al-Faaizeen Setia Menunggu Infaq Muslimin & Muslimat |
Pelancaran Tabung Infaq Pembinaan Surau Baru Al-Faaizeen Sempena Hari Mulia Maulidur Rasul |
Subuh Yang Hening Di Surau Al-Faaizeen 12 Rabiulawal - Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi SAW |
Pada subuh yang indah ini, pada hari yang penuh barokah 12 Rabiulawal sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, ahli khariah Surau Al-Faaizeen berkumpul untuk menunaikan solat subuh berjamaah. Para jamaah mula memenuhi ruang solat seawal 5:45 pagi. Azan subuh yang menusuk qalbu dikumandangkan oleh Bilal Che Mat.
Usai solat subuh, majlis sambutan Maulidur Rasul di surau Al-Faaizeen diserikan dengan ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Lutfi. Antara poin yang utama ialah:
- Bersyukur kita kepada Allah atas nikmat taufik dan hidayahnya, kerana tanpanya sukar untuk kita hadir ke surau, nak angkat selimut, nak langkah kaki pun tak akan mampu.
- Bagilah khabar gembira kepada orang yg berjalan kaki dalam gelap untuk ke masjid/surau, Allah akan bagi cahaya yang sempurna padanya di hari kiamat nanti, pada hari yg penuh huru-hara dan kebingungan.
- Nabi SAW sentiasa mengingati umatnya hatta dalam tidur dan dalam solat malamnya. Nabi menyimpan doa mustajabnya untuk kegunaan memberi syafaat kepada umatnya di Padang Mahsyar nanti, walaupun boleh menggunakannya untuk kepentingan diri dan keluarga sendiri, tapi Nabi SAW memilih untuk kepentingan umatnya. Begitulah sayang dan kasih Nabi pada umatnya. Apakah kita begitu juga kasih dan sayang serta ingat kepada Nabi?
- Aisyah R.A. meriwayatkan suatu malam dia mendengar doa Rasulullah yang panjang yang bunyinya seperti air mendidih. Apabila ditanya, Rasulullah menerangkan bahawa, Aku doa untuk umatku setiap selepas solat.
- Pernah Rasulullah SAW menerangkan perihal dahsyatnya keadaan Padang Mahsyar, apabila mendengar gelak ketawa para sahabat di ruang masjid, baginda bersabda, kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya engkau akan banyak menangis dari ketawa.
- Nabi SAW dan umatnya amat dipandang mulia di sisi Allah sehinggakan tiada nabi yang akan masuk syurga melainkan selepas Nabi Muhammad SAW dan tiada umat yang akan dapat masuk syurga melainkan selepas umat Nabi SAW memasukinya dahulu.
- Suatu masa di zaman Nabi Musa, seorang perempuan menangisi kematian anaknya. Nabi Musa bertanya berapakah umur anak itu, katanya 300 tahun. Perempuan itu pula berumur 500 tahun. Nabi Musa pun berkata usahlah ditangisi pemergian anakmu ini, kerana akan datang satu umat diakhir zaman dimana purata jangkahayat mereka ialah sekitar 60-70 tahun sahaja. Terkejut beruklah perempuan itu seraya berkata, jika aku hidup di zaman itu nescaya aku akan beribadah sepanjang masa hidupku yang begitu pendek itu.
- Umat Nabi SAW disamping tugas beribadah punyai satu lagi tugasan besar iaitu dakwah menyebar risalah Allah hinggalah ke hari kiamat. Itu yang membezakan umat ini dengan umat2 yang terdahulu yang hanya bertumpu kepada ibadah sahaja.
- Kita kena nasihat-menasihati, ingat-mengingati, kena dakwah mengajak manusia dekat pada Allah, dekat pada Rasulullah. Ia sebagai ubat pelupa kerana manusia mudah lupa. Perkataan manusia itu terdiri dari perkataan Man yg bermaksud 'seseorang' dan Nusia itu pula bermaksud 'yang selalu lupa'.
- Benda zahir pun kita mudah lupa, apatah lagi benda ghaib, akhirat, kubur, syurga dan neraka. Kita kena bina keyakinan yang sempurna perihal benda ghaib ini, kerana syaitan sentiasa berusaha menghancurkan manusia.
- Apakah kita sentiasa bersyukur menjadi umat Nabi SAW? Adakah kita rindu pada Nabi SAW sebagaimana rindu para sahabat kepada NAbi SAW? Nabi itu adalah cahaya atas cahaya. Nabi SAW suka sempurnakan hak pada setiap sahabat, hinggakan setiap sahabat Baginda merasakan dirinya yang paling disayangi Baginda.
- Hidupkan amalan dirumah seperti membaca Al-Qur'an, Membaca Hadis, taklim, dan zikrullah. Jangan jadikan rumah seperti kubur, tiada ruh dan seri. Amalkan membaca surah Al-Waqiah setiap malam, insyaAllah tidak akan papa. Amalkan bacaan surah Yaasin, kerana ianya adalah hati Al-Qur'an.
- Sempena Maulidur Rasul ini, tingkatkan amal2 sunnah, apa yang Nabi ajar. Antara yang paling asas ialah memberi salam dan berguguranlah dosa. Memberi makan untuk menjauhkan sifat kebencian.
- Banyakkan berselawat, setiap selawat kita akan di balas dgn 10x selawat oleh Allah SWT. Para malaikat juga berselawat, apatah lagi kita umat Nabi SAW. Paling utama, banyakkan berselawat di hari jumaat. Dengan kita banyak berselawat dan mengingati Nabi SAW, akan menghampirkan diri kepada Nabi SAW di Padang Mahsyar nanti bagi mendapat syafaatnya, dikala tiada lagi syafaat yang bisa membanti manusia dari azab siksa Allah.
Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan Rasul-Nya untuk membawa petunjuk dan agama yang benar agar dapat ditonjolkan ke atas semua agama yang lain. Dia menjadikan Rasul-Nya sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan serta penyeru ke jalan Allah dengan izin-Nya, juga sebagia pelita yang menerangi. Dia menjadikan Rasul-Nya mempunyai suri tauladan yang baik bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta banyak mengingati Allah.
Ya Allah, cucurkan rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atasnya, ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang mengikutinya dengan kebaikan sehingga ke hari kiamat. pancarkan untuk mereka pancaran-pancaran rahmat dan keredaan yang mencurah-curah.
Salam Maulidur Rasul !!
@@@
No comments:
Post a Comment