ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Saturday, May 8, 2010

Wudhuk Zahir dan Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan beliau bertanya orang yang dianggapnya lebih beribadah demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid (menghambakan diri pada Allah) bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abduurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara, iaitu:
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riak)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata,
  1. Kemudian aku pergi ke Masjid
  2. Aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat
  3. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan
  4. Dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah
  5. Syurga di sebelah kananku
  6. Neraka di sebelah kiriku
  7. Malaikat maut berada di belakangku
  8. Dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratulmustakim'
  9. Dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku
  10. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
  11. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufahami maknanya
  12. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk
  13. Aku bertasyahud dengan penuh pengharapan
  14. Dan aku memberi salam dengan ikhlas
  15. Beginilah aku solat selama 30 tahun.
Apabila Isam mendengar, dia terus menangis kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Ibadah yang kurang baik bermakna cinta yang kurang berkualiti. Oleh itu mari kita tingkatkan cinta kita kepada Allah dengna meningkatkan kualiti ibadah dan solat kita.

Rujukan: Buku "Berdialaog dengan Allah" oleh Khairul Ghazali.

@@@

No comments:

Post a Comment