ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Wednesday, August 18, 2010

Tapak Baru Masjid
















Permohonan menukar tapak masjid ke tapak baru yang lebih sesuai berdasarkan kajian dan justifikasi AJK Teknikal telah dimajukan kepada YDP MDHS untuk pertimbangan bertarikh 3/8/10. Tapak baru ini berada di dataran tanah yang lebih tinggi dan rata dengan keluasan lebih kurang lima ekar berbanding dengan tapak asal yang keluasannya lebihkurang tiga ekar di kedudukan tanah lembah. Ini memberi ruang kepada perancangan pembesaran di masa hadapan. Bersempena dengan Ramadhan ini, marilah kita berdoa semoga urusan pembinaan Masjid PB ini akan diberkati Allah dan dipermudahkan oleh-Nya. Kita mengharapkan yang terbaik, insyaAllah.

@@@

Saturday, August 7, 2010

Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rahmaniah (MTAA)

Ustaz Ayub Mohamad - Mudir MTAA
(Tel: 013- 2080 365)

Majlis Khatam Al-Qur'an 7/8/10

Hafiz 30 juzuk
3 pelajar telah graduasi pada kali ini

Hafiz 30 juzuk - menerima serban

Pelajar ke-3 Hafiz 30 juzuk

Dato' Hj Abd Rahman Ibrahim (berkot)


Para Ustaz bersama Dato'


Para pelajar Tahfiz - MTAA

Hidangan istimewa - Gulai kambing




SEJARAH PENUBUHAN:

Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rahmaniah (MTAA) telah dibuka dan mula beroperasi pada 1hb Mei 2005 di atas kesedaran bahawa kurangnya institusi-institusi yang menyediakan program hafalan al-Quran secara sepenuh masa dan pentarbiahan untuk melahirkan jati diri golongan remaja khususnya bagi menghadapi arus kerosakan sosial yang sedang melanda umat islam di negara kita khususnya dan di seluruh dunia amnya.

Bermula dengan seorang guru dan sembilan orang murid di sebuah banglo milik Ybhg. Dato' Hj. Abd. Rahman bin Ibrahim. Madrasah ini terletak di Prima Beruntung, Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Alhamdulillah ia terus berkembang pesat untuk melahirkan para hafiz dan hafizah.

Sehingga pada hari ini MTAA telah mempunyai seramai 54 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan beserta dengan 4 orang guru. 3 buah banglo telah digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar yang dijadikan asrama dan kelas, 2 buah daripadanya telah diberi guna pakai secara percuma dan sebuah lagi disewakan.


MTAA telah didaftarkan di bawah JAIS bahagian pendidikan dan juga manjadi salah sebuah institusi yang bernaung dibawah Persatuan Institusi Tahfiz Swasta Negeri Selangor (PITAS).

MATLAMAT PENDIDIKAN :
  • Melahirkan para Hufaz Al-Quran yang benar-benar mahir dan mantap sehingga tidak melakukan sebarang kesilapan dalam pembacaan 30 juzuk al-Quran.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan berpandukan kepada ajaran al-Quran dan Sunnah. Mereka juga dibimbing supaya menjadi insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
  • Menanam kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah Allah s.w.t bedasarkan Kitabullah dan AS-Sunnah ke seluruh permukaan alam.
  • Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga dapat menimbulkan keyakinan diri pelajar-pelajar bahawasanya dengan amalan agama sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah dan membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.
  • Melatih dan membentuk keperibadian pelajar-pelajar sabagai pemimpin yang berbakti kepada agama, ibubapa, masyarakat dan negara apabila tamat pengajian kelak.

Pengambilan pelajar baru MTAA akan bermula pada bulan Syawal ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Mudir MTAA, Ustaz Ayub Mohamad di talian 013 - 2080 365 atau berkunjung sendiri ke MTAA di alamat:

MADARASAH TAHFIZ AL QURAN AR RAHMANIAH (MTAA)
NO.1, JALAN MAWAR 3B, PRIMA BERUNTUNG
BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG, SELANGOR.


@@@