ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Wednesday, December 14, 2011

Pengajian Kitab Sirajul Huda - Ilmu Usuluddin

Pengajian Tauhid - Kitab Sirajul Huda




Imam Halim - Imam Masjid As-Salam Bukit Sentosa

penyampaian dalam loghat kelantan



Penuntut Ilmu

Khusyuk Mengadap Tok Guru & Menadah Kitab Jawi


@@@

"Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui."
(al-Ankabut: 64)

Monday, December 12, 2011

Cintai Majlis Ilmu

Ustaz Lutfi - Pengajian Hadis & Asas Arab




Anak2 Muda Cintakan Ilmu - Pemangkin Generasi Ummah





Menuntut Ilmu Dulu Kini dan Selamanya


Pengajian Kitab



Khusyuk Mencatat Makna dan Huraian





"Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui."


(al-Ankabut: 64)












Sunday, November 20, 2011

Ustaz Lutfi - Pengajian Hadis & Asas Bahasa Arab

Kelas Pengajian Hadis & Asas Bahasa Arab
pimpinan Ustaz Lutfi

di Surau Al-Faaizeen Prima Beruntung
pada Setiap Hari Ahad 7:30 - 9:00mlm

Semua Muslimin & Muslimat di jemput hadir.

Bahasa Arab Bahasa Kita (Orang Islam)



Pengajian akan menggunakan
Kitab Cara Belajar Bahasa Arab I'Rab & I'Lal
karya Mukhlas Asy-Syarkani
terbitan Al-Hidayah Publication
berharga RM12.00


Sunday, November 6, 2011

Sambutan Aidil Adha Di Al-Faaizeen

Jamaah Memenuhi Ruang Kanopi Surau

Bertakbir Sebelum Solat Raya

Pak Imam Menyampaikan Khutbah Raya

Khusyuk Mendengar Khutbah

Senyuman Pagi Raya

Posing Raya Depan Surau

Ana Ikut Enta

Bersiap Sedia Untuk Ibadah Korban

Satu Tumbang, Tiga Lagi Menanti

Bismillah, Inilah Ibadah Korban

Alhamdulillah Selamat Di Korbankan

Jom Melapah

Daging Korban On The Way

Potong & Timbang

Ceria Membawa Bahagia

Daging & Tulang

Pek Daging Korban Untuk Agihan

Jamuan Tengahari Sesudah Solat Zohor

Menikmati Juadah

Senyuman Aidil Adha 1432H

@@@

Tuesday, September 13, 2011

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya









Takbir raya rumah ke rumah berlangsung melibatkan 9 buah rumah dengan 28 org dalam kumpulan. Bermula dengan kunjungan pertama iaitu rumah Hj Mokhtar yang berdekatan dengan surau dan berakhir dengan rumah En Mohamad. Setiap sessi tidak lebih dari 20 minit.


Takbir raya ini berjaya dihabiskan sebelum pukul 12 mlm, Alhamdulillah. Bertakbir membesar keagungan Allah, bagi meraikan kemenangan dan kesyukuran pada yang Esa atas jayanya amal soleh di sepanjang 30 hari Ramadan.


Hari ini seluruh umat Islam merayakan hari lebaran. Maaf zahir batin pada silap salah. Ziarah menziarah mengeratkan tali silaturahim. Selamat Hari Raya buat khariah Surau al-Faaizeen & Masjid as-Salam sekelian. Semoga berbahagia selalu.


@@@

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak


Bulan Ramadan Bulan Istimewa Untuk Umat Yang Istimewa
Bulan Ramadan Tetamu Mulia Dari Allah Untuk Kita
Kita Muliakan Tetamu Allah, Dengan Harap Kita Juga Di Muliakan Allah
Jangan Pesta Ibadah Jadi Pesta Makan, Atau Bazar Jadi Bazir

Hati Siap Siaga Dan Set Minda Untuk Memacu
Mencari Manisnya Iman Pada Cinta Allah Dan Rasulullah
Bersama-samalah Kita Semarakkan Suasana Ibadah
Mudah-mudahan Allah Limpahkan Rahmat-Nya

Kita Mengharap Allah Memberikan Keampunan
Semoga Kita Di Bebaskan Dari Azab Neraka Allah
Ahlan Ya Ramadan, Kami Rindu, Kami Cinta Dan Kami Zahirkan
Umpama Inilah RAMADAN TERAKHIR Kami.

@@@

Monday, July 25, 2011

Kuliah Maghrib Al-Faaizeen




Buku RAMADAN TERAKHIR




Buku RAMADAN TERAKHIR karya sulong Hisham AR

(ahli khariah Surau Al-Faaizeen & Masjid As-Salam)





Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana Rasulullah SAW pernah berdoa, "Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkan umur kami sehingga bertemu Ramadan." Maknanya apabila Allah menemukan seseorang itu dengan Ramadan, sebenarnya ia adalah perkara luarbiasa, bukan perkara biasa2. Ianya adalah 'privilage'. Ia adalah anugerah yang hebat. Satu keistimewaan dari Allah SWT kepada hamba-Nya. Maka sepatutnya kita menyambut anugerah ini dengan penuh kesyukuran dan kemuliaan. Apatah lagi ada satu malam di bulan Ramadan itu nilaian ibadahnya mendapat ganjaran seperti ibadah lebih baik dari 1000 bulan. Anugerah teristimewa.





Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana kita mungkin tidak akan bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan kerana sudah mati. Kerana ingat, titik kematian setiap insan itu ada di depan mereka masing2. Jangan ingat lambat lagi nak mati. Ianya faktor yang diluar kawalan kita. Dan 12 bulan untuk bertemu Ramadan yang akan datang itu adalah jangkamasa yang panjang. Tidak mustahil 'expiry date' seseorang itu ada didalam ruang waktu 12 bulan itu. Think about it.



Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana kita mestilah membuat yang terbaik. Cukuplah sudah kita mengamalkan ibadah puasa pada piawaian orang awam, iaitu sekadar menahan lapar, dahaga, dan tidak bersetubuh di siang hari. Berusahalah untuk mencapai puasa khusus iaitu puasa yang mengajak pancaindera lain juga untuk turut berpuasa. Puasa mata dari melihat yang haram, puasa mulut dari bercakap yang mungkar, puasa telinga dari mendengar perkara maksiat, puasa kaki, tangan, perut, lidah, dan semuanya. Buat yang terbaik seolah-olah inilah final exam yang menentukan untuk lulus cemerlang atau lulus sekadar cukup makan atau yang lebih teruk lagi mendapat keputusan gagal. Ini ialah Ramadan terakhir. Be the best you can be!



Milikilah buku RAMADAN TERAKHIR keluaran Galeri Ilmu ini yang masih hangat dari kilang percetakan. Dapatkan senaskah hari ini dari kedai buku MPH, POPULAR, atau kedai2 buku berhampiran termasuklah di BOOKWORM. Sesuai juga di buat hadiah untuk rakan dan taulan. Semoga ada barokah dalam penghasilan buku ini dan mencapai objektif untuk mencari redha Illahi dengan berkongsi ilmu yang ada untuk manfaat semua.



@@@

Monday, June 27, 2011



Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Masjid As-Salam - Kuliah Subuh - Ahad 3 Julai 2011





Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana.


Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.


Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.


Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan.


Janganlah lepaskan peluang keemasan ini untuk berada di sebuah majlis ilmu Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki, Ulama tersohor nusantara ini. Inilah antara rezki dan rahmat Allah pada seluruh ahli khariah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.


Marilah kita raikan kurniaan Allah ini dengan beramai-ramai bersama ahli keluarga masing-masing memenuhi setiap ruang Masjid As-Salam. Kita pecahkan rekod jumlah 600 jemaah yang bersujud pada tahajjud malam secara berjemaah pada kunjungan Syeikh kali pertama di Masjid As-Salam pada 7 Mei 2011 yang lalu.



Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki




@@@

Tuesday, June 21, 2011

Kuliah Maghrib Al-Faaizeen



Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-BazzarSabda


Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud


@@@

Monday, June 13, 2011

Pengajian Kitab Sirajul Huda

Kitab Sirajul Huda



Kitab Sirajul Huda merupakan sebuah kitab lama dalam bidang tauhid yang masih lagi berlegar dipasaran kitab dan disyarah di masjid atau surau. Kitab ini telah dikarang oleh seorang ulama asal dari Sumbawa yang bernama Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi as-Sumbawi.


Syeikh Muhammad Zainuddin ialah salah seorang dari dua ulama ternama asal Sumbawa yang pernah mengajar di Masjidil Haram Makkah. Seorang lagi ulama besar Sumbawa ialah Syeikh Muhammad Ali bin Abdur Rasyid bin Abdullah Qadhi as-Sumbawi.


Kata almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, Menurut tradisi pengajian pondok di alam Melayu, kitab Sirajul Huda biasanya dibaca sesudah menamatkan kitab Faridatul Faraid. Apabila sudah cukup memahami kitab Faridatul Faraid barulah memasuki kitab Sirajul Huda. Tetapi ada juga pondok yang mendahulukan Sirajul Huda kemudian baru mengajar Faridatul Faraid.


Sesudah kedua-dua kitab itu, yang dipandang sebagai asas ilmu tauhid, barulah memasuki kitab Ad-Durruts Tsamin. Setelah ketiga-tiga kitab itu betul-betul difahami dengan kukuh, asas Ahli Sunah wal Jamaah metod Syeikh Abu Mansur al-Maturidi tidak berganjak lagi, maka mereka akan memasuki kitab-kitab akidah yang lebih berat seumpama ad-Durun Nafis karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dan lain-lain.


Berdasarkan kenyataan almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir itu, dapatlah disimpulkan bahawa kitab Sirajul Huda adalah kitab yang diajar diperingkat asas dan pertengahan dalam bidang tauhid. Ini adalah kerana kitab ini ada diajar diperingkat awal iaiatu sebagai permulaan teks dalam bidang tauhid atau di peringkat pertengahan iaitu selepas teks tauhid peringkat permulaan seperti Faridatul Faraid dikhatam.









"Ya Allah sebagaimana kau telah kurniakan nikmat, maka tambahkanlah dan tidak ada penghidupan kecuali penghidupan akhirat."

Wednesday, June 1, 2011

Majlis Ilmu - Jun 2011




Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.




Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :"Dari mana kalian datang ?"Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."




Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."




Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."




Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR Bukhari Muslim)


Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR Muslim)




@@@

Sunday, April 24, 2011

Kuliah Maghrib

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga."

@@@

Wednesday, March 23, 2011


Sifat sifat yang wajib , mustahil dan harus bagi Allah

Sifat-sifat yang wajib 20 serta mustahil 20 bagi Allah iaitu:-

  1. Wujud ertinya : Ada , dan mustahil bagiNya bersifat tiada
  2. Qidam ertinya : dahulu atau sedia . Mustahil bagiNya bersifat ‘ baharu
  3. Baqa’ ertinya : kekal . Mustahil bagiNya bersifat “ Fana” atau “sementara”
  4. Muhkalafafuhi Li’l Hawaditsi , ertinya :Berlainan Ia dengan segala yang baharu. Dan mustahil bagiNya bersifat “sama dengan segala yang baharu”.
  5. Qiyamuhu Bi Nafsihi , ertinya :Berdiri Ia dengan sendirinya. Dan mustahil bagi Allah “ berdiri dengan lainNya”
  6. Wahdaniyah , ertinya :Maha Esa . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ berbilang”.
  7. Qudrat , ertinya :Maha Kuasa . Dan mustahil baginya bersifat “ lemah”
  8. Iradat , ertinya : Maha menentukan . Dan mustahil bagiNya bersifat “ terpaksa “.
  9. Ilmu,ertinya :Maha mengetahui . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ jahil” atau “ bodoh”.
  10. Hayat , ertinya :Maha Hidup. Dan mustahil bagi Allah bersifat “ mati”.
  11. Sama’ , ertinya : Maha mendengar . Dan mustahil bagiNya bersifat “ pekak”.
  12. Bashar , ertinya :Maha melihat . Dan mustahil bagiNya bersifat “ buta”.
  13. Kalam , ertinya :Maha Berkata-kata . Dan mustahil bagiNYa bersifat “ Bisu “.
  14. Kaunuhu Qadirun ertinya : Keadaan Allah yang Maha Berkuasa . Dan mustahil baginya berkeadaan “ lemah”
  15. Kaunuhu Muridun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Menentukan . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ terpaksa “.
  16. Kaunuhu ‘alimun , ertinya : keadaan Allah Yang Maha Mengetahui . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ bodoh”.
  17. Kaunuhu Hayyun , ertinya : Keadaan Allah yang Maha Hidup. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Mati”.
  18. Kaunuhu sami’un , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “buta”
  19. Kaunuhu Bashirun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ buta “.
  20. Kaunuhu Mutakalimun , ertinya: Keadaan Allah yang Maha Berkata-kata. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Bisu”.

Sifat yang harus bagi Allah

  1. Mujidu’/ Mumkinat, ertinya : Menciptakan segala yang mumkin ( iaitu apa yang ada di alam ini).

@@@

Monday, February 21, 2011

Kuliah Maghrib Rabiulawal 1432H



"Ya Allah sebagaimana kau telah kurniakan nikmat, maka tambahkanlah dan tidak ada penghidupan kecuali penghidupan akhirat."


Sunday, January 23, 2011

Kuliah Maghrib Surau Al Faaizeen



"Ya Allah sebagaimana kau telah kurniakan nikmat, maka tambahkanlah dan tidak ada penghidupan kecuali penghidupan akhirat."



Dijemput seluruh ahli khariah dan penduduk sekitar Prima Beruntung untuk sama-sama meraikan suasana di majlis ilmu "back-to-back" ini. Semoga Allah limpahkan rahmatnya, memberi keampunan atas segala dosa-dosa kita, dan di akhirnya kita mohon supaya Allah bebaskan kita semua dari azab neraka-Nya. Amiin.

@@@

Thursday, January 6, 2011

Kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Pengajian oleh Ustaz Bakar di Surau Al-Faaizeen pada tahun 2011 dimulakan dengan Kitab baru iaitu Kitab AQIDAH Ahli Sunnah Wal Jama'ah karangan Hj Said Hj Ibrahim bekas mufti Sabah.

Kitab ini terbitan Darul Ma'rifah Kuala Lumpur 1996 setebal 353 mukasurat.

Tajuk besar yang dibincangkan dalam Kitab ini ialah:

  1. Islam Agama Fitrah
  2. Pengenalan Aqidah - Tauhid dan Keistimewaannya
  3. Kepentingan Aqidah Dalam Islam
  4. Aqidah Yang Sahih
  5. Aqidah Yang Batal
  6. Penjelasan Mengenai Uluhiyah
  7. Penjelasan Mengenai Rububiyah
  8. Pengenalan Mengenai Rukun Iman
  9. Pengenalan Berkaitan Dengan Iman
  10. Beriman Kepada Allah
  11. Beriman Kepada Malaikat
  12. Beriman Kepada Rasul-Rasul
  13. Beriman Kepada Kitab
  14. Beriman Kepada Hari Kiamat
  15. Beriman Kepada Qadha dan Qadar
  16. Hakikat Iman
  17. Yang Membatalkan Iman
  18. Yang Membatalkan Islam
  19. Khatimah

Kitab ini menghuraikan masalah2 yang berkaitan dengan aqidah, iaitu keistimewaan aqidah, kepentingan aqidah, aqidah2 yang sahih dan ciri2nya, aqidah2 yang batil dan ciri2nya, masalah2 uluhiyah, rububiyah, dan masalah2 keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain2nya.

@@@