ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Thursday, June 24, 2010

Mesyuarat AJK Induk No.8




Mesyuarat AJK Induk No.8 telah di adakan di Surau Al-Faaizeen pada malam ini. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli khariah muslimin dan muslimat walaupun hujan agak lebat. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah alternatif tapak masjid yang lebih sesuai untuk menggantikan tapak yang asal yang bercerun curam. Pihak AJK Teknikal mencadangkan satu lagi lawatan ke tapak masjid di adakan pada hari Ahad 27/6/10 pada jam 9:00 pagi bagi meninjau tapak yang paling sesuai. Keputusan akan dibuat mengenai tapak yang sesuai samada kekal pada tapak asal atau menganjurkan kepada pihak YDP MDHS sebuah tapak lain yang dirasakan lebih elok dengan mengambil kira segala faktor yang berkaitan. Pengerusi ada menyebut YDP MDHS pernah berkata bahawa eloklah bergaduh sekarang dari bergaduh kemudian berkenaan permasalahan tapak dan pembinaan masjid ini. Semoga generasi akan datang tidak mempertikaikan segala keputusan yang diambil berkenaan pembinaan masjid PB ini. Setelah terdiri masjid nanti maka sudah agak mustahil mengubah lokasinya ke tempat lain. Kita sama-sama doakan semoga Allah permudahkan segala urusan dan melancarkan agenda pembinaan Masjid Pembinaan Prima Beruntung. Mesyuarat AJK Induk dijadualkan pada malam Jumaat terakhir setiap bulan dan dicadangkan mesyuarat akan datang diadakan di Surau Addenium. Amiin. @@@

Thursday, June 17, 2010

Sifat Mahmudah

Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-
  1. Taubat - menyesali sungguh2 segala dosa dan kesalahan lalu dan menanam keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan.
  2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT.
  3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah SAW.
  4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu, dan tidak menjadikan dunia itu sebagai objektif, namun menjadikan dunia ini sebagai medan meraih dan mengumpul bekalan untuk akhirat yang kekal abadi.
  5. Sabar - atas segala ketentuan Allah, samada yang baik ataupun yang buruk, kerana segala sesuatu itu adalah dengan kudrat dan iradat Allah jua sebagai ujian kepada hamba2-Nya.
  6. Syukur - atas segala nikmat, anugerah dan amanah Allah kepada kita, kerana sesungguhnya ia tidak ternilai oleh kita, dan ianya bersifat sementara dan boleh ditarik balik oleh Allah pada bila2 masa jua.
  7. Ikhlas dan benar - segala perlakuan kita atas niat kepada Allah akan menjadi ibadah dan ada nilaian-Nya di sisi Allah jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kebenaran berdasarkan syariat Allah.
  8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha dan doa bergantung harap pada Allah SWT tidak pada yang lain.
  9. Redha dgn Qadak dan Qadar - menerima hakikat ketentuan baik dan buruk Allah, dan mengakui kebesaran dan kekeuasaan Allah SWT dalam menentukan segala sesuatu.
  10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.

Rujukan: Blog Ustazah Azimah

Tuesday, June 1, 2010

Sifat Mazmumah

Mazmumah menghapus bahagia hati. Antara puncanya adalah kerana sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati.



Sifat mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

  1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (siapa nak dekat kalau asyik nak marah saja.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punya..)
  2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh ini..)
  3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki ini..)
  4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
  5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. macam pantun zaman sekolah, dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-banayng ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
  6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. contohnya time kerja banyak.. tetap maintain vogue walau kerja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)
  7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang ini no komen).. pasal semua org ada egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut
  8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dengan apa yang kita ada(harta, ilmu amal dll)
  9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .

Rujukan: Ukhwah.com