ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Saturday, February 25, 2012

Permohonan Penentuan Arah Kiblat

Tuan Hj Munir selaku AJK Penentuan Kiblat, telah membuat permohonan secara online kepada Jabatan Mufti Selangor pada 21/2/12. Mengikut prosedurnya pihak Jabatan Mufti akan mengambil tindakan dalam masa 12 hari daripada tarikh permohonan berkenaan. Maka jangkaan kita pihak Jabatan Mufti akan dapat ke tapak surau pada minggu pertama bulan Mac nanti, insyaAllah.



Permohonan Secara Online - 21/2/12


1.       Jabatan ini berharap agar pihak pemohon dapat menyediakan keperluan seperti berikut: Ulasan Am dan Keperluan Yang Perlu disediakan Oleh Pemohon Ketika di Lokasi.
2.        
3.       PENENTUAN & PENGESAHAN ARAH QIBLAT
_______________________________________________________
ULASAN AM:-
PIHAK KONTRAKTOR / PEMAJU:
1. Pihak kontraktor/pemaju hendaklah melantik juruukur berlesen
(surveyor). 
2. Memastikan juruukur membuat kerja-kerja trabas ukur  sebelum
hari pengesahan. Kerja-kerja ukur hendaklah direkodkan dan
perlu ditunjuk semasa hari pengesahan.
3. Memastikan juruukur hadir di lokasi  pada hari pengesahan dan
bersedia lebih awal dengan peralatan (Theodolite/Total stesen)
yang telah siap didirikan sepenuhnya.
 
JURUUKUR BERLESEN (SURVEYOR):
1.  Sebelum hari pengesahan;
i- Juruukur hendaklah membuat kerja-kerja trabas ukur sama
ada  melalui batu sempadan atau cerapan matahari
terlebih dahulu, beberapa hari sebelum hari pengesahan.
ii- Sekurang-kurangnya 3 batu sempadan/RO ditandakan. 
iii- Maklumat yang diperolehi hendaklah direkodkan dan perlu
ditunjuk kepada pegawai falak semasa hari pengesahan. 
2.  Pada hari pengesahan;
i- Juruukur hendaklah hadir awal di lokasi dengan membawa
peralatan ukur (Theodolite/Total stesen) yang telah siap
didirikan di tapak. 
ii- Rekod kerja-kerja trabas ukur hendaklah dibawa dan
menyerahkan sesalinan kepada Jabatan Mufti Selangor
pada hari pengesahan.  KEPERLUAN YANG PERLU DISEDIAKAN 
OLEH PEMOHON KETIKA DI LOKASI
_______________________________________________________
1. LOKASI DI PADANG/TANAH LAPANG
1. 5 batang kayu berukuran 15 inci yang diruncingkan di
bawahnya.
2. Penukul. 
3. 5 batang paku berukuran 2 inci.
4. Bancuhan simen yang akan diletakkan pada kayu
penanda.
5. Penyembur/ spray merah.
6. Benang jenis tebal.
2. LOKASI DI DALAM BANGUNAN / BILIK
1. Pembaris & marker pen
2. Paku / tukul / benang
* Keperluan tersebut mengikut kepada lokasi pengesahan.
4.        
5.       Jabatan ini akan mengambil tindakan dalam tempoh 12 hari mulai daripada tarikh permohonan diterima.



       @@@

Status Tapak 25 Feb 2012

Apabila kita tinjau ke tapak pembinaan surau maka kita rasa begitu teruja melihat tapak yang dulunya agak terlindung dan dipenuhi semak samun, kini tampak luas dan terpapar indah. Bukan itu saja, tetapi tanah bukit sebanyak 81 lori tempoh hari sudah diratakan cantek. Segala semak-samun dan pokok2 kecil dan besar sudah di bersihkan. Sebuah pondok didirikan sebagai base untuk penyeliaan kerja2 pembinaan. Frame kayu sempadan tapak sudah disiapkan. Bahan2 asas binaan seperti batu-bata, pasir dan simen sudah mula kelihatan  di tapak binaan. Pihak AJK arah kiblat juga sudah memohon secara 'online' kepada Jabatan Mufti Selangor untuk tujuan penentuan arah kiblat. Marilah kita sama2 doakan agar projek kita ini berjalan lancar, insyaAllah.


Mengenai Plan Surau, Hj Azmi pada 22/2/12 melapurkan:

  • Naik tiang ....insyaAllah lepas Jabatan Mufti Selangor confirm arah kiblat
  • Pelan A1  mungkin hari ni boleh print
  • Lepas tu kena minta tt JAIS (Pemilik Tanah) & Hj Nawi (Pengerusi J/K Pembinaan Surau)
  • Lepas tu baru boleh masuk Majlis untuk kelulusan.








Thursday, February 9, 2012

Majlis Ilmu Pengajian Feqah Ust Ayub

Ust Ayub Mengajar
Kitab Feqah Mazhab Syafie

Menadah Telinga dan Menadah Kitab
Di Majlis Ilmu

Jamaah Al-Faaizeen
Kusyuk & Tawadduk


Ustaz Ayub meneruskan pengajian Kitab Feqah Mazhab Syafie pada bab Solat di mukasurat 119-121 menyentuh perihal Hikmat Sembahyang, Sejarah Sembahyang Di Syariaatkan dan Sembahyang Yang Diwajibkan. 


Perintah solat 5 waktu ini di terima Rasulullah pada peristiwa Israk Mikraj yang berlaku 18 bulan sebelum hijrah Baginda, sekaligus memansuhkan sembahyang dua rakaat pada waktu pagi dan petang yang diamalkan Rasulullah sebelum ini.


Allah memerintahkan solat 50 waktu sehari semlam pada asalnya, namun Allah SWT meringankannya kepada lima waktu. Lima waktu ini hanya dari segi  menunaikannya, tetapi pahalanya tetap seolah-olah 50 waktu sehari semalam. 


Begitulah pemurahnya Allah SWT dan betapa beruntungnya kita yang mengaku menjadi umat Rasulullah SAW ini. Maka jika masih liat dan leka dalam sembahyang maka memang kufur nikmat sungguh manusia ini.


Orang yang meninggalkan sembahyang disebabkan rasa malas dan mengambil mudah dengannya atau kerana ingkar kepadanya, mengingkari kewajipannya atau mempersenda-sendakannya, dia dihukum kafir dan murtad. Nau'zubillah.


@@@

Tapak Surau Selepas Di Ratakan (8/2/12)

Tapak Surau Selepas
Di Sodok Jentolak

Tanah Mula Di Timbunkan
Menggunakan Lori Tanah
Bermula pada 8/2/12

Tuesday, February 7, 2012

Majlis Pecah Tanah - 7 Feb 2012

Rezki Jangan Di Tolak

Land Surveyer

Jentera Merata Tanah

Che Mat Trim Pokok

Tuan Syed - Ketua AJK Teknikal

Musyawarah Membawa Jaya

Otai2 Turun Padang

Ukhwah Yang Utuh


"Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)

Sunday, February 5, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Di Surau Al-Faaizeen

Mengaminkan Doa
Selesai Marhaban dan Berselawat

Berselawat Kepada Nabi SAW

Para Jamaah Muslimin dan Muslimat Berselawat

Marhaban dan Berselawat

Khusyuk Mendengar Ceramah
Maulidur Rasul


Tingkatkan Amalan Sunnah Rasulullah

Ustaz Lutfi Menyampaikan Ceramah Maulidur Rasul

Tabung Pembinaan Surau Baru Al-Faaizeen
Setia Menunggu Infaq Muslimin & Muslimat

Pelancaran Tabung Infaq Pembinaan
Surau Baru Al-Faaizeen
Sempena Hari Mulia Maulidur Rasul
Subuh Yang Hening Di Surau Al-Faaizeen
12 Rabiulawal - Hari Kelahiran
Junjungan Besar Nabi SAW

Pada subuh yang indah ini, pada hari yang penuh barokah 12 Rabiulawal sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW, ahli khariah Surau Al-Faaizeen berkumpul untuk menunaikan solat subuh berjamaah. Para jamaah mula memenuhi ruang solat seawal 5:45 pagi. Azan subuh yang menusuk qalbu dikumandangkan oleh Bilal Che Mat.


Usai solat subuh, majlis sambutan Maulidur Rasul di surau Al-Faaizeen diserikan dengan ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Lutfi. Antara poin yang utama ialah:

  1. Bersyukur kita kepada Allah atas nikmat taufik dan hidayahnya, kerana tanpanya sukar untuk kita hadir ke surau, nak angkat selimut, nak langkah kaki pun tak akan mampu.
  2. Bagilah khabar gembira kepada orang yg berjalan kaki dalam gelap untuk ke masjid/surau, Allah akan bagi cahaya yang sempurna padanya di hari kiamat nanti, pada hari yg penuh huru-hara dan kebingungan.
  3. Nabi SAW sentiasa mengingati umatnya hatta dalam tidur dan dalam solat malamnya. Nabi menyimpan doa mustajabnya untuk kegunaan memberi syafaat kepada umatnya di Padang Mahsyar nanti, walaupun boleh menggunakannya untuk kepentingan diri dan keluarga sendiri, tapi Nabi SAW memilih untuk kepentingan umatnya. Begitulah sayang dan kasih Nabi pada umatnya. Apakah kita begitu juga kasih dan sayang serta ingat kepada Nabi?
  4. Aisyah R.A. meriwayatkan suatu malam dia mendengar doa Rasulullah yang panjang yang bunyinya seperti air mendidih. Apabila ditanya, Rasulullah menerangkan bahawa,  Aku doa untuk umatku setiap selepas solat.
  5. Pernah Rasulullah SAW menerangkan perihal dahsyatnya keadaan Padang Mahsyar, apabila mendengar gelak ketawa para sahabat di ruang masjid, baginda bersabda, kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya engkau akan banyak menangis dari ketawa.
  6. Nabi SAW dan umatnya amat dipandang mulia di sisi Allah sehinggakan tiada nabi yang akan masuk syurga melainkan selepas Nabi Muhammad SAW dan tiada umat yang akan dapat masuk syurga melainkan selepas umat Nabi SAW memasukinya dahulu. 
  7. Suatu masa di zaman Nabi Musa, seorang perempuan menangisi kematian anaknya. Nabi Musa bertanya berapakah umur anak itu, katanya 300 tahun. Perempuan itu pula berumur 500 tahun. Nabi Musa pun berkata usahlah ditangisi pemergian anakmu ini, kerana akan datang satu umat diakhir zaman dimana purata jangkahayat mereka ialah sekitar 60-70 tahun sahaja. Terkejut beruklah perempuan itu seraya berkata, jika aku hidup di zaman itu nescaya aku akan beribadah sepanjang masa hidupku yang begitu pendek itu.
  8. Umat Nabi SAW disamping tugas beribadah punyai satu lagi tugasan besar iaitu dakwah menyebar risalah Allah hinggalah ke hari kiamat. Itu yang membezakan umat ini dengan umat2 yang terdahulu yang hanya bertumpu kepada ibadah sahaja.
  9. Kita kena nasihat-menasihati, ingat-mengingati, kena dakwah mengajak manusia dekat pada Allah, dekat pada Rasulullah. Ia sebagai ubat pelupa kerana manusia mudah lupa. Perkataan manusia itu terdiri dari perkataan Man yg bermaksud 'seseorang' dan Nusia itu pula bermaksud 'yang selalu lupa'.
  10. Benda zahir pun kita mudah lupa, apatah lagi benda ghaib, akhirat, kubur, syurga dan neraka. Kita kena bina keyakinan yang sempurna perihal benda ghaib ini, kerana syaitan sentiasa berusaha menghancurkan manusia.
  11. Apakah kita sentiasa bersyukur menjadi umat Nabi SAW? Adakah kita rindu pada Nabi SAW sebagaimana rindu para sahabat kepada NAbi SAW? Nabi itu adalah cahaya atas cahaya. Nabi SAW suka sempurnakan hak pada setiap sahabat, hinggakan setiap sahabat Baginda merasakan dirinya yang paling disayangi Baginda.
  12. Hidupkan amalan dirumah seperti membaca Al-Qur'an, Membaca Hadis, taklim, dan zikrullah. Jangan jadikan rumah seperti kubur, tiada ruh dan seri. Amalkan membaca surah Al-Waqiah setiap malam, insyaAllah tidak akan papa. Amalkan bacaan surah Yaasin, kerana ianya adalah hati Al-Qur'an.
  13. Sempena Maulidur Rasul ini, tingkatkan amal2 sunnah, apa yang Nabi ajar. Antara yang paling asas ialah memberi salam dan berguguranlah dosa. Memberi makan untuk menjauhkan sifat kebencian. 
  14. Banyakkan berselawat, setiap selawat kita akan di balas dgn 10x selawat oleh Allah SWT. Para malaikat juga berselawat, apatah lagi kita umat Nabi SAW. Paling utama, banyakkan berselawat di hari jumaat. Dengan kita banyak berselawat dan mengingati Nabi SAW, akan menghampirkan diri kepada Nabi SAW di Padang Mahsyar nanti bagi mendapat syafaatnya, dikala tiada lagi syafaat yang bisa membanti manusia dari azab siksa Allah. 



Segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan Rasul-Nya untuk membawa petunjuk dan agama yang benar agar dapat ditonjolkan ke atas semua agama yang lain. Dia menjadikan Rasul-Nya sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan serta penyeru ke jalan Allah dengan izin-Nya, juga sebagia pelita yang menerangi. Dia menjadikan Rasul-Nya mempunyai suri tauladan yang baik bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhirat serta banyak mengingati Allah. 


Ya Allah, cucurkan rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atasnya, ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang mengikutinya dengan kebaikan sehingga ke hari kiamat. pancarkan untuk mereka pancaran-pancaran rahmat dan keredaan yang mencurah-curah.


Salam Maulidur Rasul !!


@@@

Saturday, February 4, 2012

Jom Tengok Tapak Surau Kita !!

Projek Pembinaan Surau Baru
Al-Faaizeen Di Luluskan
23 Dec 2011

Tapak Surau Seluas 0.6 ekar

Laluan Konkrit Ke Tapak Surau

Earth Work Akan Bermula
Pada Bulan Feb 2012
Laluan Siap Di Bina Pada 2 Feb 2012

Jangka Siap Sebelum Ramadan 2012
InsyaAllah

Thursday, February 2, 2012

Penyata Kewangan - Projek Pembinaan Masjid Prima Beruntung

Penyata Akaun 2010

Penyata Akaun 2011




Paparan di atas ialah rekod kewangan setakat ini untuk Projek Pembinaan Masjid Prima Beruntung yang disediakan oleh Tuan Bendahari, iaitu Hj Munir. Penyata kewangan menunjukkan baki terkini akaun bank berjumlah RM109,410.50.

Status projek terkini seperti yang dijelaskan oleh Tuan Pengerusi iaitu Hj Johari ialah Projek Pembinaan Masjid Prima Beruntung ini akan ditangguh buat sementara sehinggalah permohonan pertukaran tapak asal iaitu kawasan lembah ke tapak baru iaitu kawasan tanah tinggi yang sedang di pertimbangkan oleh pihak berkuasa tempatan, mendapat kata putus.

Justru itu target anggaran siap projek ini telah di ubah daripada 1/1/2012 kepada 1/1/2014.




Rekod Kewangan 2010




Rekod Kewangan 2011






Pihak AJK dan ahli khariah Fasa Anggerik Prima Beruntung akan menumpukan perhatian buat masa ini kepada Projek Pembinaan Surau Baru al-Faaizeen yang akan menggantikan Surau Sementara al-Faaizeen. Projek pembinaan surau baru ini telah mendapat kelulusan pijak JAIS.

Untuk itu AJK Pembinaan Surau al-Faaizeen telah ditubuhkan yang mana Tuan Pengerusinya ialah Hj Nawawi dan di sokong oleh AJK Teknikal yang diketuai oleh Tuan Syed dan AJK Kewangan oleh Tuan Pengerusi Surau iaitu Hj Azman. Akaun Surau al-Faaizeen yang sedia ada akan diguna pakai untuk menerima segala sumbangan amal jariah dari para penderma. Anggaran awal kos pembinaan ialah RM200K.

Kerja2 'Earth Work' akan bermula dalam masa terdekat ini. Target siap projek ini yang ditetapkan oleh pihak AJK ialah bulan Ramadan 2012. Semoga hajat ahli khariah untuk beribadah Ramadan pada tahun ini di surau baru akan tercapai. Doa, sokongan kewangan, dan sokongan kerja kuat daripada semua pihak amatlah diharapkan.


Alhamdulillah setakat 9/2/12 sejumlah RM71,000 telah berjaya dikumpulkan dalam Tabung Surau. Anggaran awal pembinaan Surau Al-Faaizeen Baru fasa pertama ialah RM200,000. 


Kami mohon infaq Muslimin dan Muslimat sekelian bagi menjayakan projek Rumah Allah ini. Semoga dimurahkan rezki, insyaAllah.




@@@