ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Sunday, May 30, 2010

Kerja Dakwah Tanggungjawab Semua

Dakwah ertinya mengajak, menyeru, menyampaikan nasihat kepada manusia supaya taat kepada Allah, menyeru kepada kebenaran, kebaikan dan meninggalkan larangan ataupun tegahan-tegahan Allah. Dakwah kepada orang-orang Islam atau kepada orang bukan Islam agar memahami hakikat sebenarnya ajaran agama Islam dan seterusnya menerima Islam menjadi cara hidup adalah menjadi tanggungjawab setiap mukallaf.

Khalifah pertama, Nabi Adam Alaihi Wassalam adalah seorang daie ataupun seorang pendakwah, seorang rasul yang menyampaikan dan mengajak anak cucunya supaya hidup di muka bumi ini berpegangkan kepada syariat Allah. Seterusnya perjalanan dakwah ini terus berjalan hingga ke Nabi Muhammad s.a.w.kemudian tugas ini disambung oleh ulamak dan pencinta agama Allah hinga akhir zaman. Maka perintah dakwah ini hendaklah diteruskan. Cuma cara dan bentuk strategi hendaklah mengikut masyarakat dan zaman di mana masyarakat itu hidup dan berkembang sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 165:

MaksudNya: “(Kami telah mengutus mereka) sebagai rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya tiada alasan bagi manusia mambantah Allah sesudah (diutuskan) rasul-rasul itu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Hal ini telah tercatat di dalam Al-Quran dan hadis Nabi yang menjelaskan bagaimana dakwah ini perlu dijalankan bagi mencapai kejayaan dan memberi kesan yang berterusan. Maka kita samaada suka ataupun tidak telah diletakkan tanggungjawab dakwah ini. Maka laksanakanlah sedaya upaya yang ada, tidak kira umat suka atau tidak, tidak boleh dijalankan secara bermusim atau terikat kepada bulan-bulan tertentu sahaja, atau bersempena dengan hari – hari kebesaran Islam tertentu sahaja, di tempat-tempat tertentu sahaja atau kepada orang-orang tertentu sahaja. Allah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 104:

Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.

Maka peranan berdakwah bukan sahaja dipertanggungjawabkan kepada orang tertentu sahaja, bahkan ia merupakan tanggungjawab bagi setiap individu Muslim pada semua peringkat masyarakat. Seorang ibu berkewajipan mendidik dan menanam benih keimanan kepada anaknya bermula dari kelahiran sehingga dewasa, bapa demikian juga, imam,ketua suatu kumpulan orang atau masyarakat, pemimpin dalam apa-apa persatuan atau negara turut berdakwah. Mereka berkewajipan menyampaikan, memimpin dan memberitahu orang-orang bawahannya,pekerjanya, atau rakyatnya supaya taat kepada Allah, melakukan perintah -perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Justeru itu, inilah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah S.A.W kepada semua hambanya dari zaman nabi sehinggalah sekarang supaya sentiasa menyeru kepada yang ma’ruf dan menghindari segala yang munkar.

Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah sentiasa menjadi pegangan bagi setiap pendakwah untuk memastikan dakwahnya sentiasa berkesan terhadap masyarakat. Dengan kemajuan dan kemodenan yang dikecapi oleh umat Islam pada zaman sekarang seperti media cetak dan elektronik, ianya bukan lagi alasan bagi mereka untuk lari dari tanggungjawab yang telah diamanatkan oleh Allah S.W.T. Sepertimana yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya:

Maksudnya: “Daripada Abu Sa’id al-Khudrie r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa dikalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu aka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Hadis ini menunjukkan bahawa kerja atau tanggungjawab berdakwah adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. Sehingga Baginda memberikan keringanan kepada umatnya untuk berdakwah mengikut kemampuan mereka. Begitulah Baginda begitu bersungguh-sungguh untuk menggalakkan umat Islam supaya menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah kepada kemungkaran.

Dakwah melalui televisyen, radio dan internet juga adalah menjadi trend masyarakat Islam pada zaman sekarang terutamanya pendakwah. Terdapat banyak laman web dan blog berunsurkan Islam yang dicipta untuk memudahkan lagi kerja-kerja dakwah dan ajaran Islam dapat disebarkan dengan pantas dan tepat. Bahkan melalui pendekatan inilah dakwah Islamiah dapat tersebar luas ke serata dunia dengan menggunakan hujung jari sahaja. Inilah bukti yang menunjukkan bahawa kerja dakwah tidak pernah ada penghujungnya. Ianya akan berterusan mengikut peredaran zaman dan perubahan pemikiran manusia.

Sebagai seorang pendakwah yang hidup di zaman yang serba moden, pemikiran yang kreatif dan kritis diperlukan untuk memastikan aktiviti dakwah yang dilakukan mencapai kejayaan yang diharapkan. Seorang pendakwah juga hendaklah sentiasa memandang ke hadapan supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam dunia yang serba canggih ini. Tetapi, seseorang pendakwah juga tidak boleh membelakangkan pendekatan dakwah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman kepimpinannya yang memberi kesan yang amat mendalam dan positif terhadap umat terdahulu. Ianya hendaklah menjadi panduan kepada seorang pendakwah supaya kerja dakwahnya berjaya dari segi duniawi dan ukhrawi disamping pendekatan-pendekatan moden yang terdapat pada zaman sekarang.

Oleh itu, untuk memastikan kerja-kerja dakwah tidak terhenti begitu sahaja, ianya bukan sahaja tanggungjawab orang yang berkaitan dengan dunia dakwah sahaja, bahkan ianya menjadi tanggungjawab setiap umat Islam di muka bumi ini tidak kira tua atau muda untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Sesunggguhnya kerja-kerja berdakwah tidak ada penghujungnya bahkan ianya akan berterusan untuk generasi yang akan datang.

Sesungguhnya “SETIAP HARI ADALAH DAKWAH”

Rujukan: blog dakwah.org


Thursday, May 13, 2010

Plan Masjid PB









Pihak arkitek telah menyediakan plan cadangan Masjid PB untuk tatapan dan komen dari orang ramai. Plan masjid ini mengambil kira bentuk muka bumi tapak masjid dan juga segala pandangan dari ahli khariah sebelum ini. Plan ini dipamerkan di ruang surau Al-Faaizeen semenjak sebulan lalu. Segala cadangan bolehlah di emailkan ke masjid.pb@gmail.com sebelum 1 July 2010.

@@@

Monday, May 10, 2010

Pusat Jagaan Baitul Islah


PENING KEPALA DENGAN MASALAH ANAK ??


  1. LARI DARI RUMAH ?

  2. MELAWAN MAK AYAH ?

  3. TAK NAK SEMBAHYANG?

  4. TERLIBAT DENGAN DADAH?

  5. CINTA BUTA?

  6. SEKS BEBAS?

  7. PENGKID?

  8. JADI MINAH REMPIT?

  9. BLACK METAL?

  10. BOHSIA?

  11. JADI PELACUR?

  12. TERLANJUR MENGANDUNG?

  13. SKINHEAD?


DAN MACAM MACAM LAGI YANG MEMENINGKAN KEPALA ANDA,
JANGAN BERSEDIH, HUBUNGI KAMI...

UST ROSLAN: 019-2634227,03-51929226,03-60212179

PN SITI: 019-2230581


KENALI ANAK ANAK ANDA DENGAN BEBERAPA TANDA AWAL TERJEBAK DENGAN GEJALA SOSIAL, ANTARANYA:

  1. HANDPHONE MELEKAT KAT TANGAN

  2. MALAS KE SEKOLAH

  3. TAK SUKA KELUAR DENGAN KELUARGA

  4. SUKA DUDUK DALAM BILIK

  5. SUKA KELUAR RUMAH TANPA MENBERITAHU KELUARGA

  6. TAK NAK SOLAT, MENGAJI AL-QURAN

  7. MEMBANTAH DAN MELAWAN CAKAP

  8. MENCURI DUIT MAK/ AYAH

  9. TIDUR BANGUN LAMBAT ( pukul 12-1.00pm )

  10. SUKA BERGADUH ADIK BERADIK

  11. TIDAK SUKA DIGANGGU

  12. SUKA MENGAMOK

Untuk Maklumat Lanjut:

Lawati Laman Web Baitul Islah

@@@

Saturday, May 8, 2010

Wudhuk Zahir dan Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan beliau bertanya orang yang dianggapnya lebih beribadah demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid (menghambakan diri pada Allah) bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abduurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimanakah wuduk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara, iaitu:
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
  3. Tidak tergila-gilakan dunia
  4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riak)
  5. Tinggalkan sifat berbangga
  6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
  7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata,
  1. Kemudian aku pergi ke Masjid
  2. Aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat
  3. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan
  4. Dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah
  5. Syurga di sebelah kananku
  6. Neraka di sebelah kiriku
  7. Malaikat maut berada di belakangku
  8. Dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratulmustakim'
  9. Dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku
  10. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
  11. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufahami maknanya
  12. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk
  13. Aku bertasyahud dengan penuh pengharapan
  14. Dan aku memberi salam dengan ikhlas
  15. Beginilah aku solat selama 30 tahun.
Apabila Isam mendengar, dia terus menangis kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Ibadah yang kurang baik bermakna cinta yang kurang berkualiti. Oleh itu mari kita tingkatkan cinta kita kepada Allah dengna meningkatkan kualiti ibadah dan solat kita.

Rujukan: Buku "Berdialaog dengan Allah" oleh Khairul Ghazali.

@@@

Friday, May 7, 2010

Solat Jenazah

Panduan ringkas cara-cara Solat Jenazah untuk mereka yang memang masih kabur mengenainya. Solat Jenazah dilaksanakan agak berbeza dengan solat-solat yang lain kerana solat ini tiada rukuk dan sujud, solat di dalam keadaan berdiri betul sehingga selesai memberi salam.

  1. Langkah Pertama :Berdiri betul dan takbiratul ihram, makmum akan takbir sebaik sahaja Imam bertakbir, ketika sedang takbirratul ihram diniatkan " Sahaja aku bersolat mayat ini empat takbir fardu Kifayah makmum kerana Allah Taala".Kemudian membaca fatihah seperti biasa seperti di dalam solat yang lain.
  2. Langkah yang kedua:Selepas membaca fatihah hendak takbir sekali lagi dan bacalah selawat ke atas Nabi sekurang-kurangnya"Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad".
  3. Langkah ketiga:Selepas solawat hendaklah takbir dan membaca doa sekurang-kurangnya " Allahummaghfir lahu warhamhu wa-'afihi wa'afu-'anhu" untuk mayat lelaki,Jika mayat itu wanita hendaklah dibaca "Allahummaghfirlaha warhamha wa-'afiha wa'afu-'anha"
  4. Langkah keempat:Selepas berdoa hendaklah takbir sekali lagi dan diikuti dengan doa sekurang-sekurangnya " Allahumma la tahrimna ajrahu walataftinna baa'dahu waghfirlana walahu" untuk mayat lelaki.Sekiaranya mayat wanita dibaca " Allahumma la tahrimna ajraha walataftinna baa'daha waghfirlana walaha".Kemudian memberi salam.

Bagi mereka yang kurang arif tentulah akan menjadi makmum atau mengikut imam oleh itu semua perlakuan itu akan dimulakan oleh Imam, Imam takbir, makmum pun ikut takbir dan bacalah mengikut langkah-langkah seperti di dalam panduan tersebut, setiap takbir yang empat itu akan didahului oleh imam.

Kalau anda belum pernah melibatkan diri , setelah membaca panduan ini eloklah dimulakan apabila ada kesempatan nanti dan sebelum itu berjumpalah dengan sesiapa yang berpengalaman untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas lagi terutama tentang bacaan doa yang tercatat di atas tadi supaya dapat disebutkan dengan betul seperti yang dikehendaki.

Rujukan: Solat Jenazah

Tuesday, May 4, 2010

Panduan Menghafaz Al-Qur'an

PDF Print E-mail
Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"

1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Rujukan: Blog PERMATA


Dipetik daripada website Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada penulisnya.

Mati Itu Pasti

1. Sikap gusar terhadap kematian bukanlah satu petanda seseorang bersedia menghadapinya. Kerana hukum alam semulajadi sudah menetapkan bahawa setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya.

2. Tiada istilah immortality (kehidupan abadi) didunia melainkan tetap menemui maut di akhir hayat mereka. Golongan free thinker dan atheis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan serta alam ghaib turut mati apabila tamat riwayat hidup mereka.

3. Tiada siapa boleh menafikan hakikat kematian adalah suatu yang benar lagi pasti sama ada Muslim, Kristian, Hindu dan penganut agama lain.

4. Seorang Muslim diajar asas keimanan teguh merangkumi beriman terhadap perkara ghaib. Mempercayai Allah Taala disamping mengakui ketuhananNYA, wujud malaikat-malaikatNYA, kebangkitan manusia pada Hari Akhirat selain adanya syurga dan neraka merupakan perkara ghaib yang tidak mampu dijangkaui akal manusia.

5. Kesedaran tentang hakikat kematian adalah satu jalan mengingati akhirat agar membanyakkan amal kebaikan serta menjaga ibadah fizikal juga hati. Di sini, syarak menganjurkan perbuatan menziarahi kubur sekali sekala agar mengingatkan diri terhadap akhirat.

6. Nabi Muhammad s.a.w berpesan, dari Abdullah bin Mas’ud r.a, “Sebelum ini daku melarang kalian menziarahi kubur, maka ziarahilah ia kerana dapat mengingatkan kalian terhadap hari akhirat.” (Ibn Abdil Bar, kitab Istizkar, 1/224, dan Ibn Munzir, Targhib wa Tarhib, 4/273, hadis: thabit dan sahih)

7. Menempuhi kematian adalah saat gembira bagi orang beriman kerana mereka akan bertemu dengan Allah Taala. Tiada jalan lain menemui Allah Taala kecuali selepas menempuhi kematian.

8. Maka, kematian menjadi nikmat, bukan musibah yang dibenci. Barangsiapa suka akan bertemu dengan Allah, Allah Taala juga suka bertemu dengannya. Dalam sebuah hadis diriwayatkan isteri Nabi s.a.w, Aisyah r.a bahawa sabda baginda s.a.w,

“Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaan-Nya dan Syurga-Nya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya”
(Sahih Muslim, no: 4845, Kitab Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar)

9. Maka, usahlah membenci mati.

Rujukan: Blog Sakratul Maut