ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Thursday, April 26, 2012

Kick-Off Day - 1/5/12


*****


Untuk makluman 2 malam lepas J/K Pembinaan Surau Al Faaizeen telah mengadakan perbincangan akhir dengan  Wipah Construction Sdn Bhd. 
Basically finalize payment term.
Wipah dalam proses juga nak pilih sub con.
InsyaAllah sebagaimana yang dirancang kita akan buat Majlis Doa Selamat &  "Kick Off" Pembinaan Surau pada 1hb May 2012.(Sila rujuk lampiran & papan notis kat pondok pengawal)
Lepas tu, pada 3hb May Wipah akan masuk start kerja.

Wasallam


Hj Azmi
AJK Teknikal

Sunday, April 22, 2012

Mesyuarat AJK Teknikal 19/4/12


Sacara ringkasnya mesyuarat semalam telah menetapkan:

1) Diterima sebut harga dari Wipah Construction Sdn Bhd untuk cadangan pembinaan surau dengan harga RM 236,846.00 . Kelulusan dibuat dengan undian sebulat suara daripada ahli kariah yang hadir selepas dibahas.
2) Harga tersebut diatas adalah sebut harga bagi pembinaan bangunan surau sahaja dan tidak termasuk dengan komponennya seperti  bangunan sokongan (bilik kuliah & bilik pengurusan jenazah", landskap, pakir, cat bangunan surau dll.   

Perlu diingatkan berdasarkan kepada jumlah kutipan setakat ini (RM 103K) hanya 43% daripada sebut harga tersebut.  Dana ini hanya mencukupi untuk membiayai kerja-kerja pembinaan strtuktur & sebahagian kerja-kerja pembinaan bangunan sahaja.

Untuk rekod Tabung Haji, Bank Pertanian & Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM  telah memaklumkan secara rasmi tidak dapat membantu dana pembinaan surau kita. Walau bagaimana Lembaga Zakat Selangor - melalui pegawainya En Zikri yang membuat lawatan tapak pada 19hb April 2012 telah bersetuju untuk meluluskan
peruntukan 50K  kepada dana pembinaan surau kita ini . Cek dijangka akan diserahkan dalam masa dalam masa satu bulan.

Terima kasih  


Hj Azmi
AJK Teknikal

Sunday, April 15, 2012

Progres Pembinaan Surau 15/4/12





Semoga Di Permudahkan Allah
Segala Urusan Projek Pembinaan Surau Ini


Kemaskini Status Terkini Projek Pembinaan Surau Baru Al-Faaizeen

Status terkini projek surau adalah seperti berikut :-

1) Plan belum lulus lagi.
2) Kontraktor belum award lagi.
     - 2 minggu lepas pihak J/K Pembinaan Surau ada buat kunjungan hormat ke rumah Arwah Hj Nawi.
     - Tujuan utama nak confirm mengenai pembinaan surau ni.
     - Puan Saripah bagi pihak keluarga & Wipah Construction (WC) bersetuju nak teruskan pembinaan tersebut.
     - Juga dipersetujui pada kunjungan tersebut J/K Pembinaan Surau akan serahkan Bill of Quantity kepada WC untuk dilengkapkan sebelum award kontrak.
     - Pihak J/K Pembinaan Surau telah menyerahkan Bill of Quantity & plan kepada Wipah Construction pada Isnin lepas untuk masukan harga contract based on line item basis.
     - Pending Wipah to submit the BOQ tersebut kepada J/K.
3) Naik tiang 

   - once J/K Pembinaan Surau & Wipah agreed on rate then boleh "naik tiang". Selagi tak dak agreement macam mana nak naik tiang? Once agree kita akan mintak WC untuk submit work program. Masa kunjungan hormat malam tu WC macam confident aje boleh siap on time based on track record dia orang. Tapi tak tahu le.
4) Next technical meeting takat nie takde date lagi....nanti saya tanya Pengerusi J/K Teknikal.


Hj Azmi
AJK Teknikal
13/4/12


"Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui." (al-Ankabut: 64)