ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Friday, April 11, 2014

Serah Urusan Kita Kepada Allah


Saya petuk satu tazkirah ringkas daripada Ustaz Hazri Hashim yang dikongsikan dalam whatsapp Darul Muhajirin:

Ketika Nabi Ya'kub berkata, "Aku bimbang serigala akan memakannya." Maka dia kehilangan Nabi Yusuf dan hilang penglihatannya. Tetapi ketika ia berkata, "Aku serahkan urusanku kepada Allah." Maka kembali kepadanya Nabi Yusuf dan kembali juga penglihatannya.

Serahkan urusan kita kepada Allah.

@@@

Tuesday, February 25, 2014

Penyata 2013 - Dana Pembinaan Masjid Prima Beruntung



Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen Prima Beruntung

“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (al-Jumu’ah: 9)



Friday, February 21, 2014

Hari Ini Dalam Sejarah - Solat Jumaat Pertama

Alhamdulillah sejarah tercipta sudah bagi Surau Al-Faaizeen yang julung-julung kalinya menjayakan Solat Jumaat pada 21 Feb 2014. 

Jumlah jemaah yang hadir di anggarkan berjumlah 400 orang memenuhi setiap ruang solat dan melimpah satu saf ke ruang legar surau. Nampaknya pada minggu hadapan pihak AJK surau kenalah sediakan tikar sebagai standby jika jumlah jemaah terus bertambah. 

Bilal Kamli iaitu Bilal 1 Masjid As-Salam telah diberi penghormatan sebagai Bilal jemputan. Khutbah pula disampaikan oleh Ust Roslan merangkap Imam 1 Surau Al-Faaizeen. 

YB Adun Batang Kali telah hadir menyertai para jemaah dan meraikan hari yang bersejarah ini. Wakil daripada pihak JAIS juga hadir. Jumlah kutipan tabung ialah RM579. 

Semoga Surau Al-Faaizeen terus imarah dan menjadi Surau yang senang dan selesa untuk dikunjungi para pengunjung terutamanya bagi Solat Jumaat pada setiap minggu. Alhmadulillah.

























Wednesday, February 19, 2014

Solat Jumaat Di Surau Al-Faaizeen

The NEW Beginning - 21 Feb 2014

Tuesday, February 18, 2014

Surau Al-Faaizeen - Surau Solat Jumaat

Alhamdulillah JAIS 
telah memberi kebenaran
SOLAT JUMAAT di Al-Faaizeen
Syarat-Syarat Kebenaran
Daripada JAIS

Monday, January 20, 2014

Sejarah Pembinaan Surau Al-Faaizeen

Kronologi Projek Pembinaan Surau Baru Al-Faaizeen:

  1. Mendapat surat kelulusan pembinaan surau baru Al-Faaizeen daripada JAIS: 23/12/11
  2. Mesyuarat #1 AJK Pembinaan surau: 14/1/12
  3. Majlis pecah tanah: 7/2/12
  4. Tapak surau di :Lot 19819 Jalan Anggerik 1, Prima Beruntung di sodok jentolak: 8/2/12
  5. Kerja2 penyediaan tapak bermula: 25/2/12
  6. Permohonan penentuan arah kiblat secara on;line kepada Jabatan Mufti Selangor: 21/2/12
  7. Pembinaan pagar sekeliling tapak surau: 5/3/12
  8. Pengerusi pembinaan surau, Hj Nawi@Luwi Ibnu Mek Senik kembali ke rahmatullah: 5/3/12
  9. Sesi penentuan arah kiblat melalui kaedah Istiwa' Utama Matahari oleh pegawai Jab Mufti Selangor: 6/3/12
  10. Pembinaan tembok entrance surau: 15/4/12
  11. Majlis Doa Selamat & Kick-off pembinaan surau: 1/5/12
  12. Lubang2 untuk tiang dan base surau mula digali: 6/5/13
  13. Bim besi telah di persiapkan untuk pemasangan: 25/5/12
  14. Pusat Zakat Selangor meluluskan sumbangan RM40,000: 21/5/12
  15. Bim base telah mula di konkrik: 26/5/12
  16. Lantai telah di konkrik: 9/6/12
  17. Tiang2 telah di konkrik: 10/6/12
  18. Bim bumbung telah dinaikkan: 23/6/12
  19. Kerangka bumbung telah dipasang: 13/8/12
  20. Kerangka bangunan surau telah siap: 10/9/12
  21. Rangka bumbung berwarna biru telah dipasang: 16/11/12
  22. Ruang utama surau hampir siap: 15/12/12
  23. Lantai hampir siap: 17/12/12
  24. Atap sudah dipasang: 1/1/13
  25. Surau sudah hampir 90% siap: 2/2/13
  26. Majlis gotong royong ahli khariah membersihkan surau telah diadakan: 3/3/13
  27. Surau mula digunakan: 5/3/13.



Solat Tanda Cinta Teragung


Wahai Ayah Jangan Lah Cari Menantu Yang Tidak Solat
Kerana Solat Itu Tanda Cinta Nabi dan Allah Pada Umat
Jangan Lah Menyerahkan Anak Mu Kepada Orang Yang Derhaka
Tiada Taat Dalam Derhaka Dan Pengakhirannya Ialah Neraka.

Solat Adalah Tanda Cinta Nabi dan Allah Kepada Umat Manusia
Solat Adalah Hadiah Paling Indah Dalam Hidup Seseorang Manusia.

Sesibuk Apapun, Tunaikanlah Solat Kerana Kalau Tidak Allah Akan Penuhi Tanganmu Dengan Kesibukan Kerja Dan Allah Tidak Akan Menghindarkanmu Dari Kemalaratan (Kesusahan).

"Apakah Yang Menyebabkan Kamu Masuk Neraka Saqar? Mereka Menjawab: Dahulu Kami Tidak Termasuk Orang Yang Melaksanakan Solat."  (al Muddatsir: 42-43)

@@@

Kenangan Majlis Korban 2013

"Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda-gurau dan permainan belaka dan sesungguhnya perumahan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya, jikalau mereka mengetahui." 
                                                (al-Ankabut: 64)






Semoga Ibadah Korban Ini Di Terima Allah


Sunday, October 13, 2013

Persediaan Sambutan Aidil Adha dan Ibadah Korban

Bergambar Kenangan 
Di Serambi Bangunan Serbaguna Al-Faaizeen


Pagi tadi berlangsung satu majlis gotong royong di Surau Al-Faaizeen sebagai persediaan sambutan Hari Raya Aidil Adha dan Ibadah Korban. Seramai lebih kurang 50 orang ahli khariah telah menghadirkan diri untuk menjayakan program gotong royong ini yang bermula seawal 8:30 pagi. Antara agenda utama ialah membersihkan bangunan serbaguna yang baru siap bersebelahan bangunan surau. Pasarana bahagian dapur juga disediakan untuk kegunaan persediaan jamuan daging korban dan aidil adha nanti.

Pihak AJK surau juga telah mengedarkan satu surat pekeliling bertarikh 12/10/13 kepada seluruh ahli khariah surau al-Faaizeen melalui wakil jalan dan blok bangunan masing-masing. Dinyatakan ucapan salam aidil adha kepada ahli khariah dan keluarga, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha ini, Urusetia Program Korban Al-Faaizeen 1434H telah bersetuju dalam mesyuaratnya pada 10/10/13 untuk mengagihkan daging korban kepada setiap keluarga Islam di dalam kariah ini. Bersama-sama surat itu disertakan kupon agihan daging korban berkenaan. Para ahli khariah bolehlah mengemukakan kupon ini kepada Urusetia Program Korban 1434H untuk mendapatkan daging korban.

Program Hari Raya Aidil Adha adalah seperti berikut:

1) Takbir Malam Raya 

  • 8:30 mlm - Lepas Solat Isyak
  • 9:30 mlm - Jamuan Malam Raya
2) Solat Sunat Aidil Adha

  • 7:15 pagi - Takbir Raya
  • 8:00 pagi - Solat Sunat Aidil Adha
  • 9:00 pagi - Jamuan Raya
3) Ibadah Korban

  • 10:00 pagi    Sembelihan Lembu Korban
  • 10:30 pagi    Lapahan dan Persediaan
  • 12:00 tgh     Jamuan Tengahari
  • 1:00 tgh      Agihan Daging Korban


Alhamdulillah, semoga ukhwah ahli khariah terus kukuh dalam kita menyambut hari kebesaran dalam Islam ini. Hayatilah erti pengorbanan supaya dapat bekorban apa yang di miliki atau disayangi demi untuk memberi kebahagiaan kepada saudara se Islam kita demi mencari redha Allah. Belakangkan kepentingan diri dan berkorban dengan penuh ikhlas. Semoga pengorbanan ini ada nilaiannya di sisi Allah. 

Selamat Hari Raya Aidil Adha !!

Saturday, September 28, 2013

Mesyuarat AJK Surau al-Faaizeen 28/9/13

Pagi tadi berlangsung mesyuarat AJK Surau Al-Faaizeen. Antara agenda mesyuarat ialah pengenalan AJK dan tugasan, penubuhan lajnah dan tugasan, dan membincangkan program sambutan aidil adha termasuklah urusan ibadah korban. Tuan Syed Harun Al Yahya selaku pengerusi surau turut merakamkan penghargaan kepada pengerusi dan AJK surau sessi 2005-2013 dan juga pengerusi dan AJK pembinaan surau. 

Antara perkara yang diputuskan bersama ialah: 

  1. mengadakan ceramah khas Aidil Adha oleh Ustaz Amran, 
  2. takbir malam raya akan diadakan di surau, 
  3. penyediaan ruang solat tambahan untuk wanita dengan menyediakan penyangkuk untuk tirai, 
  4. jamuan secara sumbangan 'potluck' di pagi raya, 
  5. hebahan termasuklah pendaftaran petugas ibadah korban,
  6. edaran kupon agihan daging korban bagi setiap ahli khariah mengikut bilangan rumah, 
  7. rayuan sumbangan tabung surau bagi menampung saguhati penceramah yang mencapai RM910 sebulan dan pembayaran bil TNB dan Syabas,
  8. dan sebagai permulaan semua AJK bersetuju untuk menyumbangkan minima RM20 setiap bulan bagi pengisian tabung surau.

Solat sunat aidil adha akan bermula tepat jam 8:00 pagi yang akan dipimpin oleh Iman 1 iaitu Ustaz Roslan Bin Mohd Isa. Lawatan tapak juga di lakukan untuk menentukan tapak yang sesuai untuk ibadah korban nanti. Sehubungan dengan itu satu majlis gotong royong bagi membersihkan tapak akan di adakan pada minggu hadapan. Mesyuarat juga mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan T-shirt bagi petugas ibadah korban.

Bangunan Tambahan Untuk Dapur, Stor Dan 
Ruang Utiliti Sedang Di Bina dan hampir 50% Siap

Lawatan Ke Tapak Ibadah Korban

Mesyuarat AJK Berlansung Lancar Di Hadiri
Oleh Semua AJK Termasuk Wakil Muslimah

Tuan Syed Harun Mempengerusi Mesyuarat



Tuesday, September 3, 2013

Majlis Jamuan Raya Surau Al-Faaizeen 30/8/13

Majlis Jamuan Raya Surau Al-Faaizeen telah diadakan pada 30/8/13 bermula jam 9:00 malam di perkarangan surau Al-Faaizeen. Pelbagai juadah telah di sediakan termasuklah jamuan nasi, laksa, nasi dagang dan aneka kueh-mueh. Empat khemah didirikan bagi menampung para tetamu yang berjumlah kurang lebih 250 orang iaitu dari ahli khariah surau Al-Faaizeen, jemaah masjid As-Salam, surau Al-Islah dan kawasan sekitar Prima Beruntung. Semoga silaturahim akan terus utuh dan mesra antara ahli masyarakat yang diikat kemas oleh talian ikhlas dan kasih sayang. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin daripada seluruh AJK dan warga Surau Al-Faaizeen.



 


 
 



Friday, August 23, 2013

Jemputan Majlis Hari Raya Surau al-Faaizeen

SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir dan Batin
Daripada Seluruh AJK Surau al-Faaizeen
Di Jemput Semua Muslimin Dan Muslimat
Ke Majlis Silaturahim Raya 1434H
Pada 30 Ogos 2013
Bermula Jam 8:30 Malam

Thursday, August 15, 2013

Ustaz Amran

Alhamdulillah malam tadi di adakan kuliah maghrib oleh Ustaz Amran di surau Al-Faaizeen yang dihadiri oleh para jemaah sekitar 40 orang. Tajuk kupasan Ustaz malam tadi ialah perihal hadis Rasulullah tentang adab2 makan.



عن عمر بن ابي سلمة رضي الله عنهما قال كنت غلاما في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم 
 و كنت يدي تطيش في صحفة فقال  
لي رسول الله يا غلام سم الله و كل بيمينك و كل مما يليك فمازالت تلك طعمتي بعد 
 (رواه البخاري و مسلم و هذا لفظ البخاري )

Dari 'Umar bin Abi salamah Radhiallahu 'anhuma dia berkata: dulu (waktu remaja) saya berada dalam didikan Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam dan tangan saya bergerak (ke satu tempat ke tempat yang lain) maka Rasullah berkata kepadaku:
"Wahai pemuda, Bacalah basmalah, dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang berada dekat denganmu".
Dan (sifat makan yang diajarkan Rasul ini) terus saya lakukan.
(HR. Bukhori dan Muslim dan ini lafadz Bukhori)