ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Tuesday, May 29, 2012

Tapak Baru Masjid

Salam Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat dengan YDP MDHS telah diadakan di MDHS jam 9.30 pagi tadi. J/K Pembinaan Masjid telah diketuai oleh YBhg Ustaz Dr Azhar. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP Tuan Tukiman bin Nail.

Mesyuarat telah memutuskan :-

Option 1
1) Bersetuju untuk "swap" tanah tapak cadangan asal Masjid lot 20129 & 20165 dengan lot Rumah Pangsa 6 (RPS6) dan sebahagian lot 20167 & 20169. Walau bagaimana pun option ini bergantung kepada sama ada lot RPS6 tersebut sudah mempunyai geran hakmilik atau tidak. Pihak MDHS akan menguruskan untuk proses pengambilan semula lot tersebut daripada pemaju.

Option 2
2) Bersetuju untuk "swap"  tanah tapak cadangan asal Masjid lot 20129 & 20165 dengan sebahagian lot 20167 & 20169.

Option 2 adalah cadangan asal J/K Pembinaan Masjid Prima Beruntung kepada MDHS.


Walau bagaimana pun Option 1  adalah lebih baik. Sama-sama lah kita berdoa agar dipermudahkan untuk Option 1.

Sekian.
Terima kasih.
Hj Azmi (AJK Teknikal)






Monday, May 28, 2012

Update Pembinaan Surau - 26/5/12

Tinjauan ke tapak surau pada hari minggu ini menyaksikan 8 pekerja sedang giat melakukan pelbagai aktiviti seperti mengikat bim besi untuk lantai dan membuat frame kayu untuk tiang dan struktur lantai. Lubang2 tiang yang di ikat tempoh hari juga kelihatan sudah di kambus dengan tanah semuanya. Mengikut penyelia tapak iaitu En Kamarudin, proses seterusnya nanti ialah untuk mengikat bim sekeliling dengan konkrit dan meninggikan tapak lantai dengan tanah. Semoga progres pembinaan surau ini terus berjalan lancar.







Friday, May 25, 2012

Penyata Kewangan Akaun Pembinaan Masjid setakat 30/4/12 - RM110,349.18

Penyata Akaun Pembinaan Masjid Prima Beruntung bertarikh 30/4/12 menunjukkan angka RM110,349.18. Alhamdulillah. Sumbangan berterusan di alu-alukan daripada semua pihak. Inilah harta dan bekalan kita untuk di bawa ke Akhirat nanti. Infaqlah di Jalan Allah. 


Segala sumbangan boleh dibuat di deposit terus ke Akaun Masjid seperti berikut:


Bank: CIMB Rawang
Nama Akaun: Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung
No Akaun: 1229-0000688-10-1



Pusat Zakat Selangor Sumbang RM40k Untuk Pembinaan Surau

Alhamdulillah pihak Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dalam surat bertarikh 21/5/12 telah berkenan meluluskan sumbangan zakat sebanyak RM40,000 untuk tujuan pembinaan surau al-Faaizeen. Bagi pihak AJK  Pembinaan Surau Baru al-Faaizeen dan seluruh ahli khariah, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang penuh bermakna ini. Tuntutan bayaran boleh dibuat setelah nilai kerja adalah menyamai nilai sumbangan.


Dengan sumbangan RM40,000 ini dicampur dengan sumbangan terkini berjumlah RM105,950 maka jumlah dana keseluruhan setakat ini ialah RM145,950. Target awal pembinaan surau ini ialah RM200,000. Ini bermakna pihak AJK Kewangan Pembinaan Surau masih memerlukan RM54,050 sumbangan daripada para penderma di jalan Allah sekelian. Semoga Allah murahkan rezki kita semua.


Sumbangan boleh di depositkan terus ke Akaun Surau al-Faaizeen iaitu seperti berikut:


Akaun al-Wadiah Public Bank:   4723-3348-11





Mesyuarat Pada 29/5/12 Anjuran MDHS Membincangkan Isu Permohonan Pemindahan Tapak Masjid

Satu mesyuarat akan di adakan di MDHS bagi membincangkan isu yang masih tertangguh iaitu permohonan untuk mendapatkan tapak baru masjid bagi menggantikan tapak asal. Ini memndangkan tapak asal itu terletak di kawasan tanah lembah yang rasanya tidak begitu sesuai sebagai tapak masjid. Tapak baru yang dipohon sejak sekian lama ini terletak pada tanah tinggi yang sedatar dengan struktur bangunan sekitar. Semoga Allah permudahkan segala urusan permohonan tapak baru masjid ini agar syiar Islam terus teguh dan tersebar.



Update Pembinaan Surau - 25/5/12

Aktiviti pembinaan di tapak di teruskan. Sebanyak 9 lori konkrit telah di masukkan pada lubang2 bagi tiang base tapak asas masjid. Memandangkan hujan kerap berlaku terutamanya pada waktu petang, maka proses pengeringan konkrit secara 'slow & steady' agak mamakan masa.




Sunday, May 13, 2012

Update Pembinaan Surau - 13/5/12

Saya pi tinjau tapak pembinaan tadi. Kelihatan 4 pekerja Indon sedang bertugas. Memandangkan hujan lebat kebelakangan ini maka lubang2 tapak konkrit itu banyak yg betakung air. Maka air ini perlu di keringkan supaya konnkrit dapat di letak dan di ratakan pada setiap lubang. Apabila konkrit pada tapak setiap lubang itu sudah keras maka bolehlah diletakkan besi2 kerangka. Proses seterusnya ialah memenuhkan lubang2 itu dengan bancuhan konkrit. Itulah antara penerangan yang saya dapat petik dari perbualan dengan para pekerja di situ. Apapun harapnya progres pembinaan surau ini berjalan terus. Satu lagi yang disuarakan ialah ancaman kecurian besi2 pembinaan oleh pihak yang tidak bertanggung-jawab. Semoga perkara ini dapat di pantau dan diberi perhatian sewajarnya, supaya tiada kejadian yg tidak diingini berlaku.






Still A Long Way To Go !!

Sunday, May 6, 2012

Progres Surau - 6/5/12

Pembinaan surau di sambung balik pada 3/5/12 oleh Wipah Construction Sdn Bhd setelah bercuti panjang. Tinjauan ke tapak surau tadi menunjukkan lubang2 besar di gali untuk base konkrik tiang dan tapak surau. Bim2 besi juga kelihatan di buat oleh beberapa pekerja yang bertugas. Berikut di paparkan beberapa keping gambar untuk tatapan semua...












Tuesday, May 1, 2012

Kick-Off Projek Secara Rasmi - 1/5/12

Alhamdulillah pagi ini berlangsung Project Kick-Off secara rasmi pembinaan surau baru Al-Faaizeen Prima Beruntung. Majlis di hadiri kira2 150 orang ahli khariah termasuklah 60 orang pelajar dari Baitul Islah. Tuan Syed selaku pengerusi majlis telah berjaya mengendalikan majlis dengan jayanya. 


Ustaz Roslan dari Baitul Islah telah menyampaikan tazkirah ringkas. Antara lain Ustaz menyentuh betapa kita kena bergantung harap kepada Allah supaya segala usaha untuk pembinaan surau baru kita ini akan menjadi kenyataan dan berjaya disiapkan menjelang Ramadan nanti. Kalau pagi ini kita berkumpul di tapak surau dengan berbumbungkan langit, maka insyaAllah Ramadan nanti kita akan ramai2 mendirikan solat sunat terawih di surau baru kita ini berbumbungkan bumbung surau. Yang penting usha gigih, komitmen pihak kontraktor, sokongan padu para ahli khariah dan doa kepada Allah SWT. Seterusnya Ustaz memimpin bacaan doa selamat. 


Sebagai simbolik Pengerusi majlis telah menjemput Ustaz Roslan dan Imam Hj Md Nor untuk mengadakan upacara pecah tanah.  Wakil dari muslimah juga dijemput untuk mengadakan acara pecah tanah. Sebelum bersurai para hadirin menikmati juadah yang disediakan secara pot-luck. Marilah kita sama2 doakan agar Projek Pembinaan Surau Baru Al-Faaizeen akan berjalan lancar dan dapat disempurnakan mengikut jadual. Amiin.

Para Hadirin 

Cenderahati Untuk Ust Roslan

Cenderahati Untuk Imam Hj Md Nor

Wakil Muslimah Melakukan Pecah Tanah

Hj Khairi, Hj Md Nor, Hj Musa (Adenium),
dan Ustaz Roslan Melakukan Pecah Tanah
Pembinaan Surau Secara Rasmi 

Potong Kek oleh Hj Munir, Hj Md Nor,
Ust Roslan dan Hj Khairi

Penyerahan Plan Bangunan
kpd Wipah Construction

Tazkirah oleh Ust Roslan


Jamuan Ringan

Para Pelajar Baitul Islah

Kita Boleh !!

Menanti Tetamu

Para Ahli Khariah 

Tuan Syed Sebagai Pengerusi Majlis

Berat Sama Di Pikul