ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Monday, July 25, 2011

Buku RAMADAN TERAKHIR




Buku RAMADAN TERAKHIR karya sulong Hisham AR

(ahli khariah Surau Al-Faaizeen & Masjid As-Salam)





Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana Rasulullah SAW pernah berdoa, "Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkan umur kami sehingga bertemu Ramadan." Maknanya apabila Allah menemukan seseorang itu dengan Ramadan, sebenarnya ia adalah perkara luarbiasa, bukan perkara biasa2. Ianya adalah 'privilage'. Ia adalah anugerah yang hebat. Satu keistimewaan dari Allah SWT kepada hamba-Nya. Maka sepatutnya kita menyambut anugerah ini dengan penuh kesyukuran dan kemuliaan. Apatah lagi ada satu malam di bulan Ramadan itu nilaian ibadahnya mendapat ganjaran seperti ibadah lebih baik dari 1000 bulan. Anugerah teristimewa.





Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana kita mungkin tidak akan bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan kerana sudah mati. Kerana ingat, titik kematian setiap insan itu ada di depan mereka masing2. Jangan ingat lambat lagi nak mati. Ianya faktor yang diluar kawalan kita. Dan 12 bulan untuk bertemu Ramadan yang akan datang itu adalah jangkamasa yang panjang. Tidak mustahil 'expiry date' seseorang itu ada didalam ruang waktu 12 bulan itu. Think about it.



Kenapa Ramadan Terakhir? Kerana kita mestilah membuat yang terbaik. Cukuplah sudah kita mengamalkan ibadah puasa pada piawaian orang awam, iaitu sekadar menahan lapar, dahaga, dan tidak bersetubuh di siang hari. Berusahalah untuk mencapai puasa khusus iaitu puasa yang mengajak pancaindera lain juga untuk turut berpuasa. Puasa mata dari melihat yang haram, puasa mulut dari bercakap yang mungkar, puasa telinga dari mendengar perkara maksiat, puasa kaki, tangan, perut, lidah, dan semuanya. Buat yang terbaik seolah-olah inilah final exam yang menentukan untuk lulus cemerlang atau lulus sekadar cukup makan atau yang lebih teruk lagi mendapat keputusan gagal. Ini ialah Ramadan terakhir. Be the best you can be!



Milikilah buku RAMADAN TERAKHIR keluaran Galeri Ilmu ini yang masih hangat dari kilang percetakan. Dapatkan senaskah hari ini dari kedai buku MPH, POPULAR, atau kedai2 buku berhampiran termasuklah di BOOKWORM. Sesuai juga di buat hadiah untuk rakan dan taulan. Semoga ada barokah dalam penghasilan buku ini dan mencapai objektif untuk mencari redha Illahi dengan berkongsi ilmu yang ada untuk manfaat semua.



@@@

No comments:

Post a Comment