ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Monday, January 16, 2012

Mohon Sumbangan Jariah



InsyaAllah projek pembinaan surau al-Faaizeen yang baru ini akan bermula dalam masa terdekat ini setelah plan bangunan dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan selesai. Mesyuarat baru2 ini menubuhkan dua buah comittee iaitu AJK Teknikal yang di ketuai oleh Hj Azmi dan AJK Kewangan yang di ketuai oleh Hj Khairi. Tapak seluas 0.6 ekar ini di lihat sangat strategik di pintu masuk ke Prima Beruntung Fasa Anggerik dan akan menjadi mercu tanda dan pusat aktiviti masyarakat. Anggaran awal kos pembinaan yang di persetujui ialah RM400,000 untuk menampung anggaran kapasiti jamaah antara 500 hingga 800 orang pada sesuatu masa.



Justru itu sumbangan jariah kewangan daripada semua pihak adalah sangat-sangat dialukan. Surau baru ini akan menggantikan surau sementara di No.25 Jalan Anggerik 2F yang mula digunakan pada 25 Sept 2005. Pembinaan surau baru ini disasarkan untuk dapat disiapkan menjelang bulan Ramadan tahun 2012 ini, insyaAllah.


Sumbangan jariah boleh di depositkan terus ke Akaun Surau iaitu Akaun al-Wadiah Public Bank: 4-7233348-11 atas nama Akaun Surau al-Faaizeen atau berhubung dengan Tuan Bendahari iaitu Hj Mohd Khairi Musatin di No Tel: 012- 212 2249.


Semoga projek pembinaan surau baru al-Faaizeen ini akan dipermudahkan dan mendapat sokongan daripada semua pihak seterusnya mendapat keberkatan Allah SWT.


@@@

Friday, January 13, 2012

Surau Baru Al-Faaizeen

Surat kelulusan dari JAIS bertarikh 23 Dec 2011




Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bersetuju memberi kebenaran dan meluluskan permohonan untuk membina sebuah surau tetap di Lot 19819 (Certified Plan 86484) Jalan Anggerik 1, Prima Beruntung 88300 RAWANG, Selangor D.E. Kelulusan pembinaan ini tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh JAIS dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Kos pembinaan surau ini adalah tanggungjawab pihak surau.

NOTA:
Mesyuarat Pertama untuk membincangkan pembinaan surau baru akan berlangsung pada hari Sabtu 14 Jan 2012 selepas isyak di Surau Al-Faaizeen. Semua ahli khariah dijemput hadir.

@@@