ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen
Showing posts with label Pembinaan Surau Al-Faaizeen. Show all posts
Showing posts with label Pembinaan Surau Al-Faaizeen. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Sejarah Pembinaan Surau Al-Faaizeen

Kronologi Projek Pembinaan Surau Baru Al-Faaizeen:

  1. Mendapat surat kelulusan pembinaan surau baru Al-Faaizeen daripada JAIS: 23/12/11
  2. Mesyuarat #1 AJK Pembinaan surau: 14/1/12
  3. Majlis pecah tanah: 7/2/12
  4. Tapak surau di :Lot 19819 Jalan Anggerik 1, Prima Beruntung di sodok jentolak: 8/2/12
  5. Kerja2 penyediaan tapak bermula: 25/2/12
  6. Permohonan penentuan arah kiblat secara on;line kepada Jabatan Mufti Selangor: 21/2/12
  7. Pembinaan pagar sekeliling tapak surau: 5/3/12
  8. Pengerusi pembinaan surau, Hj Nawi@Luwi Ibnu Mek Senik kembali ke rahmatullah: 5/3/12
  9. Sesi penentuan arah kiblat melalui kaedah Istiwa' Utama Matahari oleh pegawai Jab Mufti Selangor: 6/3/12
  10. Pembinaan tembok entrance surau: 15/4/12
  11. Majlis Doa Selamat & Kick-off pembinaan surau: 1/5/12
  12. Lubang2 untuk tiang dan base surau mula digali: 6/5/13
  13. Bim besi telah di persiapkan untuk pemasangan: 25/5/12
  14. Pusat Zakat Selangor meluluskan sumbangan RM40,000: 21/5/12
  15. Bim base telah mula di konkrik: 26/5/12
  16. Lantai telah di konkrik: 9/6/12
  17. Tiang2 telah di konkrik: 10/6/12
  18. Bim bumbung telah dinaikkan: 23/6/12
  19. Kerangka bumbung telah dipasang: 13/8/12
  20. Kerangka bangunan surau telah siap: 10/9/12
  21. Rangka bumbung berwarna biru telah dipasang: 16/11/12
  22. Ruang utama surau hampir siap: 15/12/12
  23. Lantai hampir siap: 17/12/12
  24. Atap sudah dipasang: 1/1/13
  25. Surau sudah hampir 90% siap: 2/2/13
  26. Majlis gotong royong ahli khariah membersihkan surau telah diadakan: 3/3/13
  27. Surau mula digunakan: 5/3/13.



Sunday, May 19, 2013

Surau Al-Faaizeen Meraikan Ahli Khariah dan Semua Umat Islam

Pintu Utama Surau
Pandangan Depan Surau
Ruang Wanita

Gate Masih Belum Di Pasang

Surau Al-Faaizeen

Jom Kita Imarah kan Rumah Allah

Alhamdulillah Surau Al-Faaizeen Prima Beruntung telah beroperasi dengan jayanya untuk kegunaan ahli khariah khasnya dan seluruh umat muslim seluruhnya. Carpet telah selesai di pasang dengan indahnya sebulan  yg lalu. Pagar sekeliling juga sudah siap sepenuhnya. Land scapping pun sudah siap dengan rumput pun sudah di tanam dan tumbuh subur. Pokok2 buahan juga di tanam di sekeliling, semoga akan dapat membesar dengan subur walaupun dalam keadaan cuaca panas sekarang ini. 

Peralatan PA system dan kipas dinding dan kipas berdiri juga sudah mencukupi dan berfungsi dengan baik. Jam jadual solat juga tersergam di dinding depan walaupun baru2 ini rusak di panah petir, namun telah di baiki dua minggu lepas. 

Terima kasih kepada semua penyumbang dana bagi pembinaan surau Al-Faaizeen ini. Semoga infaq muslimin dan muslimat sekelian mempunyai nilaian yang besar di sisi Allah dan menjadi amal-jariah yang memberi manfaat berterusan.

Alhamdulillah syiar Islam dalam bentuk azan berkumadang sebanyak lima kali sehari semalam menyeru sekelian manusia untuk mendirikan tuntutan solat fardu. Bilal2 kita setia menjalankan tugas tanpa jemu. Purata bilangan jemaah untuk solat maghrib dan isyak ialah dalam lingkungan 40 orang manakala untuk solat subuh sekitar 15 orang. Solat zohor dan asar pula purata jemaah ialah 8 orang. Alhamdulillah, semoga bilangan para jemaah akan terus meningkat pada hari2 mendatang ini.

Bacaan hadis daripada kitab Fadhail Amal dan Muntakab Hadis menjadi rutin harian pada setiap selepas solat maghrib dan subuh. Kuliah maghrib mingguan di adakan pada setiap khamis malam dan ahad malam. Kuliah pada selasa malam pula di adakan dua kali sebulan. Manakala kuliah Rabu malam pula di adakan sebulan sekali. Semua ahli khariah khasnya dan seluruh muslimin dan muslimat di jemput hadir. Semoga surau Al-Faaizeen akan terus imarah dengan pelbagai aktiviti ilmu. Kita semua dambakan barokah dan rahmat Allah.

Bangunan utiliti surau yang akan berfungsi sebagai bilek kuliah, dapur dan stor juga akan di bangunkan sedikit masa lagi dan dana untuk membiayainya juga telah diperolehi oleh seoarang dermawan. Dua item yang masih tertangguh ialah pemasangan gate dan pemasangan talian elektrik. Kita berharap semoga perkara ini juga dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.

@@@

Monday, March 11, 2013

Mesyuarat Progres Pembinaan Surau 10/3/13

Alhamdulillah Surau Baru al-Faaizeen telah dibuka untuk kegunaan semenjak 5/3/13 walaupun masih belum siap sepenuhnya. Yang penting syiar Islam terus dilaksanakan dengan seruan azan 5x sehari untuk solat fardu dan mendirikan solat berjemaah yang disertai oleh ahli khariah sekelian.

Malam tadi berlangsung mesyuarat khas membincangkan progress pembinaan surau yang di pengerusikan oleh Hj Azman Hassan selaku pengerusi surau. Mesyuarat diadakan selepas solat maghrib dan di sertai oleh 26 orang ahli khariah.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah prioriti untuk pemindahan fius box letrik oleh pihak kontraktor dan TNB, pembinaan pagar keselamatan, pemasangan sistem PA, pemasangan karpet, dan pemindahan barangan dari surau lama. 

Hj Azmi selaku pengerusi AJK Teknikal akan follow-up dengan pihak kontraktor untuk menyiapkan segala kerja2 finishing touch yang masih outstanding. Syed Harun ditugaskan untuk berhubung dengan pihak PLUS memohon tanah buangan "projek lane ke-3" untuk digunakan bagi meratakan laman surau. 

Kerja2 landscape akan dilakukan selepas perataan tanah dan penyiapan pagar. Pemasangan karpet dijangkakan berlaku selepas 17/3/13 setelah mendapat green light dari pihak yang menaja. Manakala urusan pemasangan sistem PA dijadualkan bermula pada 11/3/13 yang akan diuruskan oleh En Jailani.

Marilah kita sama2 doakan semoga segalanya akan berjalan lancar dan surau kita ini dapat hidup dengan solat berjemaah dan imarah dengan segala program bermanfaat. Jazakallah.








Tn Hj Azman Hassan
mempengerusikan mesyuarat progres
pembinaan surau al-Faaizeen
10/3/13




Sunday, March 3, 2013

Surau Udah Bersih

Alhamdulillah majlis gotong royong membersihkan surau baru kita telah selamat berjalan pada pagi ini. Ruang solat telah di basuh dan di samak dengan air tanah. Ruang kaki lima, tandas, tempat wuduk dan laman sekitar juga telah dibersihkan. Semak samun dan pokok2 menjalar telah dibuang. Racun rumpai disembur di sekeliling pagar. 

Tuan Pengerusi surau Hj Azman dalam ucapannya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dan mengucapkan terima kasih kepada sekelian yang hadir. Harapan agar surau baru yang cantek dan luas ini dapat kita imarahkan. 

Dan bagi program pertamanya selaku perasmian Ustaz Roslan mewakili Baitul Islah akan mengadakan majlis aqiqah pada malam rabu minggu ini dan semua ahli khariah dijemput hadir bersama ahli keluarga sekelian. Ustaz memberitahu dua ekor kambing akan ditumbangkan. Majlis akan bermula dengan solat maghrib secara berjamaah, yang akan merupakan solat berjamaah sulong kita di surau ini. InsyaAllah azan akan berkumandang. Alhamdulillah. 


Surau Baru Al-Faaizeen 
Menggamit Imarah Ibadah 
Para Ahli Khariah


Sessi Gotong Royong 
Mengumpul Seluruh 
Ahli Khariah


Wednesday, February 27, 2013

Gotong Royong


Sukacita dimaklumkan bahawa sessi "gotong royong" membersihkan Surau baru Al Faaizeen  dan kawasan sekitarnya akan diadakan seperti berikut :-

Hari : Ahad
Tarikh : 3hb Mac 2013
Jam : 8.30 pagi

Sila bawa peralatan yang bersesuaian & maklumkan kepada ahli kariah lain.

Sekian. Terima kasih.

Monday, January 14, 2013

Status Surau Kita - 14/1/13

Alhamdulillah atap dah siap di pasang. Tingkap2 cermin akan mula dipasang. InsyaAllah dalam masa sebulan dapat siap la kot segala finishing touch. Sama2lah kita berdoa surau kita ini boleh mula digunakan target 1/3/13 ini, insyaAllah.














Saturday, December 15, 2012

Progres Surau - 2 Safar 1434H @ 15 Dec 2012

Pembinaan surau  diteruskan dengan slow & steady. Tinjauan saya pagi tadi menunjukkan ada 5-6 pekerja sedang tekun melakukan kerja2 simen lantai ruang solat surau. Bila di lihat ruang solat utama surau kita ini agak terserlah luas dan lapangnya, Alhamdulillah. Semoga bisa menampung lebih daripada 300 jamaah sekaligus. Mengikut penyelia yang bertugas kerja2 memasang atap bumbung mungkin akan dimulakan pada minggu hadapan. Marilah kita panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga Surau Baru al-Faaizeen dapat disiapkan menjelang Mac 2013 nanti. Berikut dipaparkan snapshot status terkini secara LIVE..