
Wednesday, June 1, 2011
Majlis Ilmu - Jun 2011

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.
Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :"Dari mana kalian datang ?"Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR Bukhari Muslim)
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR Muslim)
@@@
Sunday, April 24, 2011
Kuliah Maghrib
Wednesday, March 23, 2011

Sifat sifat yang wajib , mustahil dan harus bagi Allah
Sifat-sifat yang wajib 20 serta mustahil 20 bagi Allah iaitu:-
- Wujud ertinya : Ada , dan mustahil bagiNya bersifat tiada
- Qidam ertinya : dahulu atau sedia . Mustahil bagiNya bersifat ‘ baharu
- Baqa’ ertinya : kekal . Mustahil bagiNya bersifat “ Fana” atau “sementara”
- Muhkalafafuhi Li’l Hawaditsi , ertinya :Berlainan Ia dengan segala yang baharu. Dan mustahil bagiNya bersifat “sama dengan segala yang baharu”.
- Qiyamuhu Bi Nafsihi , ertinya :Berdiri Ia dengan sendirinya. Dan mustahil bagi Allah “ berdiri dengan lainNya”
- Wahdaniyah , ertinya :Maha Esa . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ berbilang”.
- Qudrat , ertinya :Maha Kuasa . Dan mustahil baginya bersifat “ lemah”
- Iradat , ertinya : Maha menentukan . Dan mustahil bagiNya bersifat “ terpaksa “.
- Ilmu,ertinya :Maha mengetahui . Dan mustahil bagi Allah bersifat “ jahil” atau “ bodoh”.
- Hayat , ertinya :Maha Hidup. Dan mustahil bagi Allah bersifat “ mati”.
- Sama’ , ertinya : Maha mendengar . Dan mustahil bagiNya bersifat “ pekak”.
- Bashar , ertinya :Maha melihat . Dan mustahil bagiNya bersifat “ buta”.
- Kalam , ertinya :Maha Berkata-kata . Dan mustahil bagiNYa bersifat “ Bisu “.
- Kaunuhu Qadirun ertinya : Keadaan Allah yang Maha Berkuasa . Dan mustahil baginya berkeadaan “ lemah”
- Kaunuhu Muridun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Menentukan . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ terpaksa “.
- Kaunuhu ‘alimun , ertinya : keadaan Allah Yang Maha Mengetahui . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ bodoh”.
- Kaunuhu Hayyun , ertinya : Keadaan Allah yang Maha Hidup. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Mati”.
- Kaunuhu sami’un , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagiNya berkeadaan “buta”
- Kaunuhu Bashirun , ertinya : Keadaan Allah Yang Maha Melihat . Dan mustahil bagi Allah berkeadaan “ buta “.
- Kaunuhu Mutakalimun , ertinya: Keadaan Allah yang Maha Berkata-kata. Dan mustahil bagiNya berkeadaan “ Bisu”.
Sifat yang harus bagi Allah
- Mujidu’/ Mumkinat, ertinya : Menciptakan segala yang mumkin ( iaitu apa yang ada di alam ini).
@@@
Monday, February 21, 2011
Kuliah Maghrib Rabiulawal 1432H
Sunday, January 23, 2011
Kuliah Maghrib Surau Al Faaizeen

"Ya Allah sebagaimana kau telah kurniakan nikmat, maka tambahkanlah dan tidak ada penghidupan kecuali penghidupan akhirat."

Dijemput seluruh ahli khariah dan penduduk sekitar Prima Beruntung untuk sama-sama meraikan suasana di majlis ilmu "back-to-back" ini. Semoga Allah limpahkan rahmatnya, memberi keampunan atas segala dosa-dosa kita, dan di akhirnya kita mohon supaya Allah bebaskan kita semua dari azab neraka-Nya. Amiin.
@@@
Thursday, January 6, 2011
Kitab Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Kitab ini terbitan Darul Ma'rifah Kuala Lumpur 1996 setebal 353 mukasurat.
Tajuk besar yang dibincangkan dalam Kitab ini ialah:
- Islam Agama Fitrah
- Pengenalan Aqidah - Tauhid dan Keistimewaannya
- Kepentingan Aqidah Dalam Islam
- Aqidah Yang Sahih
- Aqidah Yang Batal
- Penjelasan Mengenai Uluhiyah
- Penjelasan Mengenai Rububiyah
- Pengenalan Mengenai Rukun Iman
- Pengenalan Berkaitan Dengan Iman
- Beriman Kepada Allah
- Beriman Kepada Malaikat
- Beriman Kepada Rasul-Rasul
- Beriman Kepada Kitab
- Beriman Kepada Hari Kiamat
- Beriman Kepada Qadha dan Qadar
- Hakikat Iman
- Yang Membatalkan Iman
- Yang Membatalkan Islam
- Khatimah
Kitab ini menghuraikan masalah2 yang berkaitan dengan aqidah, iaitu keistimewaan aqidah, kepentingan aqidah, aqidah2 yang sahih dan ciri2nya, aqidah2 yang batil dan ciri2nya, masalah2 uluhiyah, rububiyah, dan masalah2 keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain2nya.
@@@
Wednesday, December 29, 2010
Penangguhan Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Tuan Pengerusi telah mengeluarkan surat untuk memberitahu status terkini dan cadangan penangguhan mesyuarat jawatankuasa induk yang dijadualkan berlangsung pada 30/12/10. Berikut di paparkan surat berkenaan untuk makluman semua.


Tuesday, December 28, 2010
Solat Jenazah
RUKUN SEMBAHYANG JENAZAH
1. Niat
2. Berdiri jika berkuasa
3. Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca selawat ke atas nabi
6. Mendoakan mayat
7. Memberi salam
Doa Jenazah Lelaki
1. Niat
2. Berdiri jika berkuasa
3. Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca selawat ke atas nabi
6. Mendoakan mayat
7. Memberi salam
Doa Jenazah Lelaki
Wednesday, December 1, 2010
Pertandingan Ping Pong & Badminton Prima Beruntung 2010
Pertandingan Ping Pong dan Badminton terbuka Prima Beruntung 2010 akan di adakan pada 11 & 12 Dec sempena cuti sekolah dengan kerjasama Surau Al-Faaizeen. Kategori yang akan dipertandingkan ialah Remaja, Dewasa & Veteran. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh ahli khariah. Piala dan cenderahati insyaAllah akan di sediakan oleh pihak penganjur. Para peserta terutamanya peserta veteran nampaknya giat berlatih Ping Pong dan peserta remaja nampaknya memenuhi gelanggang badminton hampir setiap hari. Semangat inilah yang kita inginkan. Selamat berjuang !!
@@@
Saturday, November 20, 2010
Ibadah Korban
Ibadah Korban di Surau Al-Faaizeen telah selamat di adakan pada hari ini iaitu hari Sabtu 20 November 2010 bersamaan dengan 13 Zulhijjah 1431 iaitu hari terakhir tasyrik. Tiga ekor lembu telah di korbankan. Program bermula seawal 8:00 pagi dan selesai untuk agihan sekitar pukul 12:00 tgh. Pihak muslimah pula bergotong-royong menyediakan masakan untuk jamuan para ahli khariah selepas solat fardhu zohor. Tidak kurang dari 70 ahli khariah telah hadir beramai-ramai. Berikut dipaparkan beberapa aksi menarik sekitar program Ibadah Korban tahun ini.
Monday, November 1, 2010
Gotong Royong
Semalam di adakan satu majlis gotong royong menyediakan tapak untuk ibadah korban. Seramai 20 orang ahli khariah telah menyertai program ini. Ibadah korban akan di adakan pada 20 Nov 2010 melibatkan sebanyak 3 ekor lembu korban. Kawasan yang penuh semak samun itu telah berjaya di bersihkan. Alhamdulillah.
@@@
@@@
Tuesday, September 28, 2010
Open House Prima Beruntung



Majlis Open House Prima Beruntung Fasa Anggerik telah di adakan pada hari Sabtu 25 Sept bersamaan dengan 16 Syawal bermula jam 10:00 pagi sehingga 1:00tgh. Dua buah kanopi ditegakkan di jalan berhadapan Surau Al-Faaizeen.
Seluruh ahli khariah termasuk penduduk non-muslim telah beramai-ramai menghadiri dan meraikan majlis ini sempena Hari Raya di bulan Syawal bulan kemenangan ini. YB Adun Batang Kali bersama isteri juga telah meluangkan masa menghadiri majlis ini.
Menu utama pada majlis istimewa ini ialah juadah nasi beriani dari Siti Catering yang di taja oleh salah seorang ahli khariah. Ahli khariah yang lain masing-masing menyumbangkan juadah raya secara 'potluck' termasuklah beraneka jenis kueh-mueh, biskut dan kek raya, buah-buahan, pelbagai minuman panas dan sejuk, lemang dan rendang, ketupat dan nasi impit.
Silaturahim dapat dieratkan, yang jauh di dekatkan, yang renggang di rapatkan, dan yang masam di maniskan, insyaAllah. Hidup harmoni dalam sebuah masyarakat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Ramadhan Berlalu Sudah
Dengan Limpahan Rahmat
Istiqamah Dalam Ibadah
Hindari Jalan Yang Sesat
Gembira Kita Di Hari Raya
Bersama Sahabat Taulan Dan Saudara
Mohon Keampunan Segala Dosa
Semoga Bebas Kita Dari Azab Neraka
@@@
Wednesday, August 18, 2010
Tapak Baru Masjid





Permohonan menukar tapak masjid ke tapak baru yang lebih sesuai berdasarkan kajian dan justifikasi AJK Teknikal telah dimajukan kepada YDP MDHS untuk pertimbangan bertarikh 3/8/10. Tapak baru ini berada di dataran tanah yang lebih tinggi dan rata dengan keluasan lebih kurang lima ekar berbanding dengan tapak asal yang keluasannya lebihkurang tiga ekar di kedudukan tanah lembah. Ini memberi ruang kepada perancangan pembesaran di masa hadapan. Bersempena dengan Ramadhan ini, marilah kita berdoa semoga urusan pembinaan Masjid PB ini akan diberkati Allah dan dipermudahkan oleh-Nya. Kita mengharapkan yang terbaik, insyaAllah.
@@@
Saturday, August 7, 2010
Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rahmaniah (MTAA)





SEJARAH PENUBUHAN:
Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rahmaniah (MTAA) telah dibuka dan mula beroperasi pada 1hb Mei 2005 di atas kesedaran bahawa kurangnya institusi-institusi yang menyediakan program hafalan al-Quran secara sepenuh masa dan pentarbiahan untuk melahirkan jati diri golongan remaja khususnya bagi menghadapi arus kerosakan sosial yang sedang melanda umat islam di negara kita khususnya dan di seluruh dunia amnya.
Bermula dengan seorang guru dan sembilan orang murid di sebuah banglo milik Ybhg. Dato' Hj. Abd. Rahman bin Ibrahim. Madrasah ini terletak di Prima Beruntung, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Alhamdulillah ia terus berkembang pesat untuk melahirkan para hafiz dan hafizah.
Sehingga pada hari ini MTAA telah mempunyai seramai 54 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan beserta dengan 4 orang guru. 3 buah banglo telah digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar yang dijadikan asrama dan kelas, 2 buah daripadanya telah diberi guna pakai secara percuma dan sebuah lagi disewakan.
MTAA telah didaftarkan di bawah JAIS bahagian pendidikan dan juga manjadi salah sebuah institusi yang bernaung dibawah Persatuan Institusi Tahfiz Swasta Negeri Selangor (PITAS).
MATLAMAT PENDIDIKAN :
- Melahirkan para Hufaz Al-Quran yang benar-benar mahir dan mantap sehingga tidak melakukan sebarang kesilapan dalam pembacaan 30 juzuk al-Quran.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan berpandukan kepada ajaran al-Quran dan Sunnah. Mereka juga dibimbing supaya menjadi insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
- Menanam kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah Allah s.w.t bedasarkan Kitabullah dan AS-Sunnah ke seluruh permukaan alam.
- Untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran tentang agama Islam. Ini juga dapat menimbulkan keyakinan diri pelajar-pelajar bahawasanya dengan amalan agama sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah dan membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.
- Melatih dan membentuk keperibadian pelajar-pelajar sabagai pemimpin yang berbakti kepada agama, ibubapa, masyarakat dan negara apabila tamat pengajian kelak.
Pengambilan pelajar baru MTAA akan bermula pada bulan Syawal ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Mudir MTAA, Ustaz Ayub Mohamad di talian 013 - 2080 365 atau berkunjung sendiri ke MTAA di alamat:
MADARASAH TAHFIZ AL QURAN AR RAHMANIAH (MTAA)
NO.1, JALAN MAWAR 3B, PRIMA BERUNTUNG
BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG, SELANGOR.
NO.1, JALAN MAWAR 3B, PRIMA BERUNTUNG
BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG, SELANGOR.
@@@
Subscribe to:
Posts (Atom)

















