Antara perkara yang diputuskan bersama ialah:
- mengadakan ceramah khas Aidil Adha oleh Ustaz Amran,
- takbir malam raya akan diadakan di surau,
- penyediaan ruang solat tambahan untuk wanita dengan menyediakan penyangkuk untuk tirai,
- jamuan secara sumbangan 'potluck' di pagi raya,
- hebahan termasuklah pendaftaran petugas ibadah korban,
- edaran kupon agihan daging korban bagi setiap ahli khariah mengikut bilangan rumah,
- rayuan sumbangan tabung surau bagi menampung saguhati penceramah yang mencapai RM910 sebulan dan pembayaran bil TNB dan Syabas,
- dan sebagai permulaan semua AJK bersetuju untuk menyumbangkan minima RM20 setiap bulan bagi pengisian tabung surau.
Solat sunat aidil adha akan bermula tepat jam 8:00 pagi yang akan dipimpin oleh Iman 1 iaitu Ustaz Roslan Bin Mohd Isa. Lawatan tapak juga di lakukan untuk menentukan tapak yang sesuai untuk ibadah korban nanti. Sehubungan dengan itu satu majlis gotong royong bagi membersihkan tapak akan di adakan pada minggu hadapan. Mesyuarat juga mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan T-shirt bagi petugas ibadah korban.
![]() |
Bangunan Tambahan Untuk Dapur, Stor Dan Ruang Utiliti Sedang Di Bina dan hampir 50% Siap |
![]() |
Lawatan Ke Tapak Ibadah Korban |
![]() |
Mesyuarat AJK Berlansung Lancar Di Hadiri Oleh Semua AJK Termasuk Wakil Muslimah |
![]() |
Tuan Syed Harun Mempengerusi Mesyuarat |