ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Thursday, March 25, 2010

Penaung Projek


“ Untuk makluman Yg Bhg Dato’, Mesyuarat yang diadakan pada 28 January 2010 telah sebulat suara mencadangkan agar Yg Bhg Dato’ dilantik menjadi penaung Jawatankuasa ini memandangkan Yg Bhg mempunyai pengalaman yang luas dan telah terbukti dalam kerja-kerja kebajikan dan pembinaan instituisi keagamaan. Kami amat memerlukan khidmat dan pengalaman Yg Bhg dan berdoa kepada Allah agar Yg Bhg menerima cadangan kami ini bagi membolehkan kami bergerak dengan penuh yakin lagi. ”

Hj Johari Bin Hassan
Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung
10/2/2010




“ Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa saya menerima pelawaan Tuan untuk menjadi penaung kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Prima Beruntung. Sebagai penaung, insyaAllah saya akan berusaha bersama-sama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Masjid untuk mencapai matlamat bagi mendirikan sebuah Masjid di kawasan Prima Beruntung. Dalam pengalaman saya bukanlah mudah untuk mendapatkan Dana yang mencukupi di dalam masa yang singkat bagi projek seperti ini, oleh itu kita perlulah banyak bersabar dan berusaha tekun. ”


Dato’ Hj Abd Rahman Bin Hj Ibrahim D.S.D.K (KEDAH)
Pengerusi Eksekutif
Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd
11/3/2010


No comments:

Post a Comment