ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Thursday, October 25, 2012

Sambutan Idul Adha 1433H di Surau al-Faaizeen - Hari Jumaat 26/10/12


1. Solat Sunat Idul Adha

  • Solat sunat Idul Adha akan diadakan di Surau al-Faaizeen
  • Takbir raya bermula pada pukul 7:30 pagi
  • Solat sunat Idul Adha akan dimulakan pada pukul 7:45 pagi
  • Jamauan Raya akan diadkan selepas solat. Sumbangan kueh-mueh dialu-alukan.
2. Ibadah Korban/Aqiqah
  • Ibadah Korban/Aqiqah akan bermula pukul 8:45 pagi di perkarangan surau al-Faaizeen
  • 4 ekor lembu akan disembelih untuk tujuan ini.
3. Kenduri Kesyukuran
  • Kenduri Kesyukuran akan diadakan selepas solat Jumaat
  • Penyediaan jamuan dijalankan secara gotong-royong oleh muslimah al-Faaizeen.
4. Tabung Surau
  • Tabung Surau akan di edarkan sepanjang majlis berlangsung untuk kemudahan para jamaah beramal jariah.
5. Tenaga Kerja
  • Tenaga sukarelawan dari kalangan ahli khariah dan ahli masyarakat sekelian diperlukan untuk menjayakan majlis ini dari awal hingga selesai.

@@@

Status Surau 25/10/12

Status surau baru kita setakat 25/10/12 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1433H...insyaAllah rasanya tak lama lagi akan naik bumbung. Pasang dinding kaca, finishing konkrit dan cat....pasang carpet. Ish ish rasanya tak sampai hujung tahun ni dah boleh siap kot !!











Wednesday, September 26, 2012

Ibadah Korban Surau al-Faaizeen


InsyaAllah 4 ekor Lembu akan dikorbankan oleh ahli khariah surau al-Faaizeen pada Hari Raya Aidul Adha ini iaitu bermula pukul 9:30 pagi hari Jumaat 26/9/12. 

Ustaz Roslan dari Baitul Islah telah dilantik sebagai Pengerusi AJK Ibadah Korban ini merangkap penyembelih lembu korban. Semua ahli khariah dan penduduk sekitar dijemput hadir untuk bergotong-royong menjayakan sembelihan, lapahan, masakan, agihan dan kerja2 pembersihan. Agihan daging akan di buat sebelum solat Jumaat jika sempat. 

Majlis doa selamat dan jamuan akan di adakan selepas solat Jumaat iaitu sekitar pukul 2:30ptg. Majlis bersurai selepas solat asar berjamaah di Surau al-Faiizeen. Semoga majlis Ibadah Korban kita tahun ini akan dipermudahkan Allah, insyaAllah. 

Sempena dengan itu juga satu majlis gotong-royong untuk menyediakan tapak Ibadah Korban dijadualkan berlangsung pada hari Ahad 21/9/12 bermula jam 9:00 pagi dan semua ahli khariah diharap dapat meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan kerja2 gotong-royong ini.

@@@

Sunday, September 16, 2012

Majlis Raya Masjid as-Salam: 29 Syawal 1433H

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Masjid as-Salam telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini 29 Syawal 1433H bermula seawal 9:30 pagi sehingga 1:00 tgh dan mendapat sambutan hangat daripada tidak kurang daripada 5,000 ahli khariah sekelian. Aneka juadah disediakan digerai2 yang ditaja oleh surau2 di bawah naungan Masjid as-Salam. Antara juadah yang menjadi tumpuan para pengunjung ialah satay, lemang, rendang, roti Din, cendol, mee kari, nugget dan ais krim batang. 

Alhamdulillah semoga majlis sebegini dapat merapatkan ukhwah persaudaraan dan kemesraan antara ahli masyarakat Bukit Beruntung/Bukit Sentosa dan kawasan sekelilingnya. Jumpa lagi di Syawal pada tahun depan dengan izin Allah. Sehingga itu rajin2lah berkunjung ke Masjid sebagai tetamu Allah yang cinta ilmu, tekun ibadah dan penuh ikhlas dalam mencari redha Allah.











Monday, August 13, 2012

Kerangka Bumbung - 24 Ramadan






Target asal pembinaan Surau al-Faaizeen untuk disiapkan bagi menyambut Ramadan 1433H, untuk bersolat teraweh di surau baru. Namun ianya tidak menjadi kenyataan kerana masalah kewangan.

Setakat hari ini tika Ramadan sudah melangkah ke fasa Lailatul Qadar, struktur surau dapat di lihat mencapai tahap kerangka bumbung.

Sumbangan infaq amal jariah dari para pembaca blog ini dan seluruh umat yang ingin melabur harta akhirat sangatlah dialu-alukan, apatah lagi di penghujung Ramadan yang tinggal 5 hari berbaki ini, terutamanya di Lailatul Qadar yang mungkin saja mendarat di antara tiga malam ganjil yang yang masih berbaki ini iaitu malam ke-25, ke-27 dan last kopek mlm ke-29.

Tepuk dada tanya iman. Infaq untuk pembinaan surau rumah Allah ini adalah antara pilihan pelaburan dengan pulangan terbaik masa depan.

Just Do it !!


Infaq Pembinaan 
Surau Baru al-Faaizeen:
Akaun al-Wadiah Public Bank 
4723-3348-11



Sunday, June 10, 2012

YES Tiang2 Sedang Di Konkrit - 10/6/12

Tinjauan saya ke tapak pembinaan tadi menunjukkan para pekerja sedang sibuk mengkonkrit tiang2 surau, Alhamdulillah. Baru semalam frame2 kayu di siapkan pada tiang2 berkerangka besi ini. Agak pantas juga pabila hari ini proses memasukkan konkrit ke dalam frame2 itu mula dilakukan. Mengikut pekerja ini frame2 kayu itu boleh di buka secara berperingkat mulai besok. Pengorbanan para pekerja ini di bawah panas terik mentari sangat2 kita hargai. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal buat mereka ini.