ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Sunday, March 28, 2010

Lawatan Ke Tapak Pembinaan Masjid Prima Beruntung




Jawatankuasa Induk Pembinaan Masjid Prima Beruntung yang bermesyuarat pada 25 Mac 2010 telah bersetuju untuk menjemput semua ahli jawatankuasa dan ahli khariah sekelian untuk membuat lawatan ke tapak pembinaan Masjid.

Objektif utama ialah untuk melihat sendiri lokasi tapak masjid terutama dari aspek bentuk bumi, keluasan tanah, arah kiblat, dan cadangan susun atur tapak bangunan. Semoga segala pandangan dapat diambilkira dengan semangat muafakat untuk mencapai kata sepakat.
Alhamdulillah pagi ini tepat jam 9 pagi, ahli khariah sekelian telah berkumpul di kawasan berdekatan tapak masjid iaitu bersebelahan dengan menara tangki air Prima Beruntung. Khemah telah ditegakkan dan juadah sarapan telah disediakan. Sambutan sangat menggalakkan dari semua pihak.

Rombongan Yg Bhg Dato' Hj Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers, selaku penaung projek ini telah sampai ke kawasan tapak diawal pagi lagi demi memberi sokongan padu. Dato' telah membawa bersama arkitek profesional bagi penilaian tapak. Arkitek telah memberi komen yang positif iaitu kawasan tapak yang 'cantek' dan boleh di buat 'design' yang sesuai.














Setelah tinjauan tapak lebih kurang 45 min, maka semua yang hadir telah berkumpul dan mengadakan perbincangan selama lebihkurang satu jam, sambil menikmati juadah yang ada. Antara cadangan dan komen yang diutarakan ialah:-
  1. Memandangkan kawasan tapak masjid itu merupakan kawasan tanah lembah dimana kawasan datarnya jauh rendah dari aras jalan maka bangunan 3 tingkat dirasakan lebih sesuai.
  2. Menara masjid pula dicadangkan melebihi paras bumbung masjid, mungkin aras 5 atau 6 tingkat untuk menempatkan speaker bagi seruan azan.
  3. Kapasiti jemaah yang dicadangkan ialah 1,000 orang.
  4. Rekabentuk yang optimum dicadangkan, memandangkan 'expansion' pada masa depan akan menjadi sukar dan 'costly' pada bangunan 3 tingkat.
  5. Design kubah dan fasa pembinaannya juga perlu di pantau kerana didapati kebanyakan masjid yang berkubah selalu mengalami masalah kebocoran apabila hujan lebat.
  6. Demi untuk penjimatan jangkapanjang, bekalan air untuk masjid perlu mengambil kira sumber air semulajadi seperti pengumpulan air hujan, sumber air dari tasek berdekatan, pembinaan kolah untuk urusan wudhuk disamping paip air biasa.
  7. Rekabentuk juga perlu 'efficient' dari segi pengudaraan supaya faktor 'aircond' secara semulajadi dapat diwujudkan untuk keselesaan para jemaah nanti.
  8. Cadangan untuk 'swap' tapak asal dengan tapak lain yang lebih datar juga akan di pertimbangkan oleh jawatankuasa teknikal.
Tuan arkitek yang hadir juga memberi komitment untuk menghasilkan sebuah design dalam masa dua minggu ini dengan merujuk piawaian plan bangunan masjid yang di sediakan oleh pihak berkuasa dan mengambilkira segala cadangan yang dibincangkan di atas. Beliau juga ingin membetulkan tanggapan umum, iaitu penglibatan beliau dalam projek ini adalah 'nawaitu kerana Allah' dan tiada faktor lain. Hadirin melahirkan rasa kesyukuran dan ucapan terima kasih. Dato' Abd Rahman juga menyampaikan cek sumbangan peribadinya kepada Tuan Pengerusi Hj Johari. Dato' juga mengingatkan supaya akaun bank dibuka dengan secepat mungkin bagi memudahkan urusan pengumpulan dana. Sehubungan dengan itu, Bendahari menjelaskan bahawa akaun ini akan dibuka di Maybank dan Public Bank cawangan Rawang, insyaAllah pada minggu hadapan.

Majlis bersurai sekitar pukul 11:00 tgh dengan doa penutup yang dibacakan oleh Ustaz Ayob dan diaminkan dengan penuh khusyuk oleh seluruh hadirin. Harapan kita agar poses Pembinaan Masjid Prima Beruntung ini akan berjalan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Semoga target siap projek pada 1/1/2012 menjadi realiti bukan sekadar fantasi, insyaAllah.


@@@

No comments:

Post a Comment