![]() |
Permohonan Secara Online - 21/2/12 |
_______________________________________________________
ULASAN AM:-
PIHAK KONTRAKTOR / PEMAJU:
1. Pihak kontraktor/pemaju hendaklah melantik juruukur berlesen
(surveyor).
2. Memastikan juruukur membuat kerja-kerja trabas ukur sebelum
hari pengesahan. Kerja-kerja ukur hendaklah direkodkan dan
perlu ditunjuk semasa hari pengesahan.
3. Memastikan juruukur hadir di lokasi pada hari pengesahan dan
bersedia lebih awal dengan peralatan (Theodolite/Total stesen)
yang telah siap didirikan sepenuhnya.
JURUUKUR BERLESEN (SURVEYOR):
1. Sebelum hari pengesahan;
i- Juruukur hendaklah membuat kerja-kerja trabas ukur sama
ada melalui batu sempadan atau cerapan matahari
terlebih dahulu, beberapa hari sebelum hari pengesahan.
ii- Sekurang-kurangnya 3 batu sempadan/RO ditandakan.
iii- Maklumat yang diperolehi hendaklah direkodkan dan perlu
ditunjuk kepada pegawai falak semasa hari pengesahan.
2. Pada hari pengesahan;
i- Juruukur hendaklah hadir awal di lokasi dengan membawa
peralatan ukur (Theodolite/Total stesen) yang telah siap
didirikan di tapak.
ii- Rekod kerja-kerja trabas ukur hendaklah dibawa dan
menyerahkan sesalinan kepada Jabatan Mufti Selangor
pada hari pengesahan. KEPERLUAN YANG PERLU DISEDIAKAN
OLEH PEMOHON KETIKA DI LOKASI
_______________________________________________________
1. LOKASI DI PADANG/TANAH LAPANG
1. 5 batang kayu berukuran 15 inci yang diruncingkan di
bawahnya.
2. Penukul.
3. 5 batang paku berukuran 2 inci.
4. Bancuhan simen yang akan diletakkan pada kayu
penanda.
5. Penyembur/ spray merah.
6. Benang jenis tebal.
2. LOKASI DI DALAM BANGUNAN / BILIK
1. Pembaris & marker pen
2. Paku / tukul / benang
* Keperluan tersebut mengikut kepada lokasi pengesahan.
@@@