ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Sunday, April 22, 2012

Mesyuarat AJK Teknikal 19/4/12


Sacara ringkasnya mesyuarat semalam telah menetapkan:

1) Diterima sebut harga dari Wipah Construction Sdn Bhd untuk cadangan pembinaan surau dengan harga RM 236,846.00 . Kelulusan dibuat dengan undian sebulat suara daripada ahli kariah yang hadir selepas dibahas.
2) Harga tersebut diatas adalah sebut harga bagi pembinaan bangunan surau sahaja dan tidak termasuk dengan komponennya seperti  bangunan sokongan (bilik kuliah & bilik pengurusan jenazah", landskap, pakir, cat bangunan surau dll.   

Perlu diingatkan berdasarkan kepada jumlah kutipan setakat ini (RM 103K) hanya 43% daripada sebut harga tersebut.  Dana ini hanya mencukupi untuk membiayai kerja-kerja pembinaan strtuktur & sebahagian kerja-kerja pembinaan bangunan sahaja.

Untuk rekod Tabung Haji, Bank Pertanian & Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM  telah memaklumkan secara rasmi tidak dapat membantu dana pembinaan surau kita. Walau bagaimana Lembaga Zakat Selangor - melalui pegawainya En Zikri yang membuat lawatan tapak pada 19hb April 2012 telah bersetuju untuk meluluskan
peruntukan 50K  kepada dana pembinaan surau kita ini . Cek dijangka akan diserahkan dalam masa dalam masa satu bulan.

Terima kasih  


Hj Azmi
AJK Teknikal

No comments:

Post a Comment