ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Tuesday, May 29, 2012

Tapak Baru Masjid

Salam Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat dengan YDP MDHS telah diadakan di MDHS jam 9.30 pagi tadi. J/K Pembinaan Masjid telah diketuai oleh YBhg Ustaz Dr Azhar. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP Tuan Tukiman bin Nail.

Mesyuarat telah memutuskan :-

Option 1
1) Bersetuju untuk "swap" tanah tapak cadangan asal Masjid lot 20129 & 20165 dengan lot Rumah Pangsa 6 (RPS6) dan sebahagian lot 20167 & 20169. Walau bagaimana pun option ini bergantung kepada sama ada lot RPS6 tersebut sudah mempunyai geran hakmilik atau tidak. Pihak MDHS akan menguruskan untuk proses pengambilan semula lot tersebut daripada pemaju.

Option 2
2) Bersetuju untuk "swap"  tanah tapak cadangan asal Masjid lot 20129 & 20165 dengan sebahagian lot 20167 & 20169.

Option 2 adalah cadangan asal J/K Pembinaan Masjid Prima Beruntung kepada MDHS.


Walau bagaimana pun Option 1  adalah lebih baik. Sama-sama lah kita berdoa agar dipermudahkan untuk Option 1.

Sekian.
Terima kasih.
Hj Azmi (AJK Teknikal)






No comments:

Post a Comment