ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Tuesday, June 5, 2012

Progres Pembinaan Surau - 15 Rejab 1433H












Tinjauan ke tapak pembinaan surau pagi ini menampakkan aktiviti yang rancak. Kelihatan dua buah lori sedang mengangkut tanah yg akan digunakan untuk menambak ruang2 linkungan bim yg sudah di konkrit untuk lantai surau. Nampaknya tanah2 yang sebanyak 81 lori dulu sudah hampir habis digunakan, jadi tanah2 baru terpaksa dibekalkan. Mengikut perbualan saya dengan pekerja di tapak, proses seterusnya nanti setelah tapak lantai dipenuhkan dengan tanah, maka kemudian akan di masukkan lapisan batu2 untuk dipadatkan mengukuhkan base. Seterusnya satu layer jaringan besi akan di hamparkan pada tapak lantai tadi. Barulah lapisan konkrit dapat di turapkan. InsyaAllah kita semua doakan agar proses pembinaan ini dapat berjalan lancar. Kita mohon juga supaya segala ujian dan rintangan yang Allah berikan dalam proses pembinaan surau baru kita ini dapat sama2 kita tempuhi dengan sabar, berhemah dan keimanan yang mantap. 


@@@

No comments:

Post a Comment