ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Tuesday, May 1, 2012

Kick-Off Projek Secara Rasmi - 1/5/12

Alhamdulillah pagi ini berlangsung Project Kick-Off secara rasmi pembinaan surau baru Al-Faaizeen Prima Beruntung. Majlis di hadiri kira2 150 orang ahli khariah termasuklah 60 orang pelajar dari Baitul Islah. Tuan Syed selaku pengerusi majlis telah berjaya mengendalikan majlis dengan jayanya. 


Ustaz Roslan dari Baitul Islah telah menyampaikan tazkirah ringkas. Antara lain Ustaz menyentuh betapa kita kena bergantung harap kepada Allah supaya segala usaha untuk pembinaan surau baru kita ini akan menjadi kenyataan dan berjaya disiapkan menjelang Ramadan nanti. Kalau pagi ini kita berkumpul di tapak surau dengan berbumbungkan langit, maka insyaAllah Ramadan nanti kita akan ramai2 mendirikan solat sunat terawih di surau baru kita ini berbumbungkan bumbung surau. Yang penting usha gigih, komitmen pihak kontraktor, sokongan padu para ahli khariah dan doa kepada Allah SWT. Seterusnya Ustaz memimpin bacaan doa selamat. 


Sebagai simbolik Pengerusi majlis telah menjemput Ustaz Roslan dan Imam Hj Md Nor untuk mengadakan upacara pecah tanah.  Wakil dari muslimah juga dijemput untuk mengadakan acara pecah tanah. Sebelum bersurai para hadirin menikmati juadah yang disediakan secara pot-luck. Marilah kita sama2 doakan agar Projek Pembinaan Surau Baru Al-Faaizeen akan berjalan lancar dan dapat disempurnakan mengikut jadual. Amiin.

Para Hadirin 

Cenderahati Untuk Ust Roslan

Cenderahati Untuk Imam Hj Md Nor

Wakil Muslimah Melakukan Pecah Tanah

Hj Khairi, Hj Md Nor, Hj Musa (Adenium),
dan Ustaz Roslan Melakukan Pecah Tanah
Pembinaan Surau Secara Rasmi 

Potong Kek oleh Hj Munir, Hj Md Nor,
Ust Roslan dan Hj Khairi

Penyerahan Plan Bangunan
kpd Wipah Construction

Tazkirah oleh Ust Roslan


Jamuan Ringan

Para Pelajar Baitul Islah

Kita Boleh !!

Menanti Tetamu

Para Ahli Khariah 

Tuan Syed Sebagai Pengerusi Majlis

Berat Sama Di Pikul

No comments:

Post a Comment