ALHAMDULILLAH PEMBINAAN SURAU BARU AL-FAAIZEEN TELAH SIAP DAN MULA DIGUNAKAN BERMULA 5/3/2013.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYUMBANG JARIAH SEMOGA ALLAH YANG AKAN MEMBALASNYA DENGAN GANJARAN PAHALA.
********************************************************************************

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Solat Jumaat di Surau Al-Faaizeen

Saturday, June 9, 2012

Alhamdulillah Lantai Sudah Konkrit - 9/6/12

Tinjaun di tapak surau tadi menunjukkan lantai telah di konkrit keseluruhannya. Alhamdulillah progres pembinaan surau baru al-Faaizeen ini mula terasa bahangnya. Mengikut En Kamaruddin yang menyelia projek, step seterusnya ialah menyediakan frame kayu bagi 48 tiang yang mana besi teras untuk tiang sudah terpacak. Ada dua pilihan iaitu menyiapkan 10-15 frame kayu pada sesuatu masa dan di konkrit. Kemudian di ikuti dengan batch kedua iaitu 10-15 frame lagi. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan kayu bagi membuat frame 48 tiang sekaligus. Pilihan kedua ialah menyiapkan frame kayu sekaligus untuk kesemua tiang, kemudian di isi konkrit sekali gus menggunakan lori konkrit. Apa pun kita doakan semoga kesemua 48 tiang surau kita ini akan tertegak menadah keberkatan langit Allah tidak lama lagi. InsyaAllah.








No comments:

Post a Comment